Halaman

Isnin, April 29, 2013

MARI BELAJAR CARA NURUL IZZAH BALAS JASA PENGUNDI!!!


Sebelum ini, Mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Si Nurul Izzah tu menang dalam Pilihan Raya Umum dek kerana jasa - jasa para pengundi.

Kalau tak kerana mereka yang memilih Si Nurul Izzah tu pada tahun 2008, mana mungkin anak kesayangan Si Ketua Penipu tu dapat jejak kaki ke Parlimen.

Tapi, sejak dia dinobatkan oleh SPR sebagai wakil rakyat bagi kawasan tersebut, sampai hari ini Si Nurul Izzah tu tak buat kerja untuk rakyat melainkan fitnah dan mencaci orang.

Setelah 5 tahun duduk goyang kaki dalam Parlimen dan menabur fitnah serta caci cerca diatas pentas ceramah, ini caranya Si Nurul Izzah tu balas jasa para pengundi dia sendiri:
KUALA LUMPUR - Seramai 4,637 yang didakwa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai 'pengundi hantu' menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan beliau yang cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Sekretariat Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai (Gempur), Mohd. Yahya Yusop kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Antara isi kandungan memorandum termasuklah bantahan terhadap hasrat Nurul Izzah memfailkan semula permohonan rayuan kepada mahkamah setelah gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk membatalkan nama-nama pengundi terbabit.

Yahya berkata, sebagai penduduk asal Lembah Pantai mereka amat bimbang dengan perkembangan terbaru itu dan khuatir ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti.

"Tidak cukup dengan percubaan untuk membatalkan pendaftaran kami, beliau melalui peguamnya Edmund Bon turut mendesak agar kami dikenakan hukuman yang berat.

"Ini termasuklah penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 di atas kesalahan tidak menukar alamat yang kami anggap sebagai satu penganiayaan dan zalim," jelasnya.
Tuan - tuan sendiri lihat bagaimana hinanya para pengundi yang sebelum ini pernah memberikan kemenangan kepada Si Nurul Izzah tu.

Adakah masih mereka mahu memilih Si Nurul Izzah ni sebagai wakil rakyat? Adakah mereka sanggup menerima pemimpin yang setakat pandai hina rakyat?

Itu baru dengan pengundi - pengundi dikawasan dia sendiri beb. Dengan kita yang tak de kaitan ni, macam mana pulak? Mungkin lagi kejam. Jadi, tak payah la kita ni nak jadi buta sangat. Mari kita sama  - sama pastikan diorang ni berambus dari bumi Malaysia!!!

1 ulasan:

  1. Kenapa si Nurul Izah tidak melakukan perkara yang sama terhadap anak Kelantan yang tinggal dan menetap di luar Kelantan tetapi bila waktu mengundi balik Kelantan untuk mengundi..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.