Halaman

Ahad, April 14, 2013

PAS KETANDUSAN CALON!!!


Kesian beb. Memang kesian tengok puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni memang agak ketandusan dari segi calon baru yang berkredibiliti.

Jelas dari segi kepimpinan pun PAS tak mampu nak membangun. Bagaimana mungkin diorang mampu nak membangunkan Negara jika diorang berkuasa?

Apakah tak ada orang lain yang mampu diorang jadikan calon dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Dah tandus sangat ke pemimpin muda dikalangan diorang?

Jelas, apa yang dilakukan oleh mereka dianggap sebagai satu penghinaan. Bukan sahaja kepada ahli PAS, malah kepada rakyat di Negeri Pahang sendiri. Kalau tak mampu nak menjana pemimpin berkualiti, tak payah sibuk nak bertanding la!!!
KUANTAN - Pas dilihat ketandusan calon sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerantut apabila meletakkan individu yang pernah tewas di situ untuk bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, parti itu dilihat tidak berani melakukan transformasi politik apabila meletakkan calon sama yang sebelum ini telah ditolak rakyat.

Menurutnya, langkah itu membuktikan parti berkenaan tidak yakin terhadap muka baharu berbanding UMNO yang dijangka menampilkan calon sesuai dan disenangi rakyat Jerantut.

"Pas tidak berani melakukan transformasi politik dan yakin calon terbabit mampu memenangi kerusi Parlimen tersebut.

"Walaupun telah ditolak rakyat sebanyak dua kali, Pas Pahang masih tidak serik kerana mereka menganggap calon terbabit mampu memenanginya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Amizan berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan timbalannya, Dr. Hamzah Jaafar bertanding untuk kali ketiga bagi kerusi Parlimen Jerantut pada pilihan raya umum nanti.

Hamzah sebelum ini pernah tewas dua kali bagi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008 kepada penyandang sekarang, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Wan Amizan memberitahu, walaupun Pas meletakkan orang yang sama di situ, UMNO serta Barisan Nasional (BN) tidak gentar dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau yakin pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon sesuai dan boleh menang dalam memastikan mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

1 ulasan:

  1. sejak PAS jual kalimah ALLAH kepada kaum kafirun, kami suka sangat dengan kepandaian PAS. PAS dapat berjuta ringgit. dan kawan kami yang berjubah juga pernah jadikan STOPA sugar daddy.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.