Halaman

Ahad, April 14, 2013

SAMPAI NIK AZIZ PUN TAK MAMPU NAK BERSUARA!!!


Hah! Korang bayang la betapa kuatnya impak yang menimpa sekitar pendedahan video aksi tebar roti canai atas katil oleh Pak Mus baru - baru ni.

Buat pertama kalinya, isu itu membuatkan Nik Aziz pun tak mampu nak bersuara. Tak macam biasa dimana dia akan buat dakwaan terhadap orang lain.

Tapi, mungkin la sebab Si Nik Aziz tu penat sangat sampai dah tak mampu nak bercakap kot. Maklum la, orang dah berusia ni. Tinggal lagi, dia je yang masih tak sedar diri. 

Nak jugak berpolitik 25jam sehari. Usia dah lanjut pun masih jugak nak Gila Kuasa, masih jugak sibuk nak ke hulu ke hilir. Bawak - bawak la berehat. Duduk kat rumah, main dengan cucu pun ada jugak faedahnya!!!
KULAIJAYA - Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.
Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya. 
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. 
Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan. 
Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun. 
Nik Aziz tiba di negeri ini hari ini bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan. 
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program yang sama mendakwa PRU-13 adalah yang terkotor dan mengaitkan pendedahan rakaman video seks terbaru yang didakwa melibatkan Mustafa sebagai taktik kotor UMNO. 
Bagaimanapun, seperti mana kelaziman sikap pemimpin pembangkang, veteran DAP itu juga gagal menyertakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan liarnya.

1 ulasan:

  1. Mana boleh puak passed lain ambil kuasa tok garu. Biar dok gok cetong, kuasa ambo punya. Sene nok klua fatwa sonsang, puak ngangguk trima je, maklumla boleh pahala. Umno dh brapa kali tukar ketua, passed dok taksub ke tok garu je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.