Alahai! Apa la ke bengap sangat Pak Mus ni? Kalau bab nak menuduh orang, bukan main cepat lagi mulut dia mendakwa orang buat fitnah terhadap dia.
Tapi rupanya sampai hari ni dia masih lagi tak buat laporan Polis. Kalau dia masih lagi tak buat laporan, macam mana peguam dia nak buat kerja?
Takkan la Peguam dia nak ambik tindakan sebarangan pulak kan? Yang peliknya, kenapa Pak Mus tak buat laporan ye? Dia takut ke Polis korek lagi rahsia gelap dia?
Tu baru suruh buat laporan Polis. Pun dia dah tak mampu nak buat. Inikan pulak kalau suruh Pak Mus tu angkat sumpah dan menafikan perkara tersebut. Kalau setakat nafi pakai air liur ni, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA TERENGGANU - Lajnah Tatatertib Pas menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali supaya membuat laporan polis terhadap penyebaran video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.
Pengerusi Lajnah, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, pihaknya hanya boleh memainkan peranan dalam isu video seks itu sekiranya menerima aduan atau laporan polis daripada individu yang terbabit.
Katanya, Mustafa perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan seterusnya terutama dari sudut perundangan diambil.
"Beliau (Mustafa) perlu buat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan, ini pandangan sayalah. Beliau boleh buat laporan polis antaranya kerana dakwaan terhadapnya telah menjatuhkan maruahnya.
"Ikut perundangan dan tatatertib, kalau beliau mendapati telah difitnah, beliau boleh ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Wan Mutalib menyatakan perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar Lajnah Tatatertib Pas memainkan peranan dalam isu rakaman video seks berkenaan yang kini tersebar di internet.
Dr. Haron berkata, lajnah berkenaan yang diketuai Wan Mutalib perlu melihat sekiranya wajar atau sebaliknya kes tersebut dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.