Halaman

Jumaat, Mei 03, 2013

BANG NON AKUI, NURUL IZZAH TEWAS DI LEMBAH PANTAI!!!


Bukan nak berlagak sombong dan SH juga tak mengharapkan agar jentera BN di Lembah Pantai tidak leka dengan kenyataan Si Ketua Penipu tu. Mereka perlu lebih kuat bekerja.

Impian mereka untuk menyingkirkan Si Nurul Izzah tu dari Lembah Panai pasti akan tercapai sekiranya usaha mereka itu diiringi dengan semangat yang tinggi.

Tidak dapat kita nafikan bahawa Si Nurul Izzah tu tetap akan tewas di Lembah Pantai walaupun tanpa pengaruh - pengaruh dari luar.

Tak payah kita nak cerita sangat la pasal video yang didedahkan oleh Si Cipuddin tu. Tak perlu kita nak cerita pasal harta kekayaan warisan milik keluarga Si Nurul Izzah.

Perkara - perkara tu memang takkan mampu untuk diperjelaskan kepada rakyat. Sampai hari ini, Nurul masih enggan mengulas mengenai harta kekayaan tersebut.

Malah, dia hanya mengambil sikap berdiam diri terhadap pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR mengenai isu video dia. Jadi, kita nak pertikai apa lagi?

Si Ketua Penipu tu sendiri mengakui bahawa Si Nurul Izzah tu akan tewas di Lembah Pantai. Pun kita masih tak nak percaya jugak ke?
Diibaratkan umpama mentimun melawan durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
SH yakin. Walaupun tanpa bantuan dari mana - mana pihak, rakyat Lembah Pantai sudah celik dan mampu melihat sendiri perbezaan diantara Nurul dengan Raja Nong Chik.

Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat beb. Tapi satu tempoh yang cukup panjang. Dan dalam tempoh tu, tak de satu hapah pun Nurul Izzah buat untuk rakyat.

Adakah rakyat Lembah Pantai masih lagi mahu seorang wakil rakyat yang hanya setakat tau bercakap je? Atau mereka akan memilih wakil yang benar - benar berbakti kepada rakyat? 

Sama - sama kita tunggu 5 Mei nanti. Yang pasti, Si Nurul Izzah tu boleh duduk kat rumah je selepas 5 Mei. Baik dia jaga suami dengan anak - anak lagi bagus. Pun ada jugak faedahnya dari menyusahkan orang tak tentu arah!!!

4 ulasan:

  1. Izzah nak buat "Penjara Rakyat".

    BalasPadam
  2. JANGAN CAKAP BESAR SGT...KOT2 ABG NON KITA KOT YG TERGEDANG NANTI..

    BalasPadam
  3. Baru tau ka?

    Bukan sahaja anaknya malah bapak dia pun sama.

    BalasPadam
  4. Korang kantoi bulat bulat....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.