Halaman

Jumaat, Mei 03, 2013

PAK MUS DIHALAU PENYOKONG SENDIRI!!!


Kesian. Kemelut yang melanda puak - puak Pakatan Haramjadah ni masih belum selesai lagi rupanya. Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat.

Tempoh berkempen tinggal lagi dua hari. Tapi masih lagi ada dikalangan penyokong Parti Angguk Saja tu yang berdemo membuat bantahan secara terang - terangan.

Bantahan pulak dibuat depan - depan sampai tak terjawab Si Pak Mus tu dibuatnya. Nak jawab soalan dari kalangan ahli pun Pak Mus tak mampu. Apatah lagi dari orang luar macam kita. Patut la Pak Mus GAGAL jawab isu video dia depan khalayak umum!!!
 
Kempen membantah calon PKR kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim  memuncak malam tadi apabila sekumpulan penyokong Pas  mengadakan demonstrasi ketika Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berceramah di Padang  Awam, Seksyen 7, Kota Damansara.

Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam  bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.

Salah seorang penyokong   turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong  selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal  apabila ahli-ahli Pas tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.

Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong Pas dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu  menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi  meneruskan bantahan termasuk  mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.

Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan dikawasan itu kembali terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.