Berikutan pendedahan yang dibuat sebelum ini, sudah mula timbul pertikaian dikalangan rakyat mengenai harta kekayaan milik calon DAP di Bentong.
Dari mana datangnya kekayaan Wong Tak sehingga dia mampu untuk membeli tanah sebegitu punya banyak untuk tanam Kelapa Sawit di Sabah?
Sebelum ini, kita telah dedahkan mengenai situasi Wong Tak yang pernah meninggalkan Pahang dan melarikan diri ke Sabah atas alasan mengalami masalah kewangan.
"...STL has received documents that show Wong’s business interests in Sabah, the state Wong ran to when he ran into financial trouble in Pahang..."
Jika dia mengalami masalah tersebut, bagaimana pula dia mampu untuk memperolehi wang yang cukup untuk membeli tanah milik keluarganya?
Bukan sikit keluasan tanah yang dimiliki oleh keluarga Wong Tak ni. Tapi hampir 1000 Ekar. Mana dia dapat duit sebanyak itu untuk membeli tanah tersebut?
Wong admitted that he was involved in palm oil cultivation, saying he had never hid the fact. He added that his family had owned more than 1,000 acres of land for the past 20 years. - The Star
Mungkin akibat persoalan ini timbul menjadikan rakyat semakin hari semakin kurang mempercayai apa yang diperkatakan oleh Si Wong Tak.
Malah, dalam satu ceramahnya sebelum ini, sambutan jelas semakin berkurangan dikalangan penduduk tempatan. Hanya muka yang sama sahaja yang hadir.
Itu pun tak sampai 50 orang yang terdiri daripada anak - anak buahnya sendiri. Tidak hairanlah kenapa sejak dua tiga hari ini, DAP hanya membawa turun pemimpin Nasional.
Mereka terpaksa membawa pemimpin seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang agar dapat memainkan isu nasional bagi mengelak dari menjawab persoalan dikalangan rakyat.
Nah!!! Disini kita boleh menilai sejauh mana ketelusan yang diamalkan oleh puak - puak DAP kepada rakyat. Selama ini, mereka sering mendabik dada kata mereka Telus.
Seandainya benar DAP mengamalkan Ketelusan dikalangan para pemimpin mereka, maka mereka sendiri perlu mendesak agar Wong Tak menjelaskan kekayaan yang dimilikinya kepada rakyat. Jangan setakat pandai nak tunding jari dan salahkan orang lain pulak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.