Halaman

Rabu, Mei 01, 2013

NURUL IZZAH ANGIN BILA TAKTIK DIA KANTOI!!!


Hah! Akibat nak sangat sebarkan propaganda kononnya dakwat kekal boleh dicuci dan dibersihkan, maka sekali lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu kantoi.

Dalam laporan yang disiarkan oleh blogger TheFlyingKick, tindakan terdesak puak - puak Pakatan Haramjadah tu telah berjaya dikesan di Putrajaya.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita bernama Hasmaniah binti Saidina Abas, 46, di Putrajaya. Hasmaniah yang merupakan seorang kakitangan awam dan tinggal di Fasa 4, Presint 9, Putrajaya telah mengesahkan cakap-cakap yang sebelum ini cuba dinafikan oleh pecacai Pakatan Rakyat tentang kegiatan jahat mereka untuk menggagalkan proses demokrasi yang aman di negara ini.

Dalam laporannya, Hasmaniah mengadu, pada 29 April, lebih kurang jam 11:30 malam, ketika dia berada di rumahnya, dia telah didatangi oleh empat orang lelaki dan empat orang wanita yang tidak dikenali. Mereka bagaimanapun, tidak memperkenalkan diri siapa atau dari manakah mereka datang.

Pun begitu, salah seorang daripada mereka memberitahu Hasmaniah yang mereka datang untuk menyemak latar belakang penghuni-penghuni di kuarters yang diduduki oleh Hasmaniah.

Hasmaniah berasa agak aneh memandangkan selama 12 tahun dia tinggal di kuarters tersebut, dia tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana pihak untuk menyemak status dan latar belakang mana-mana penghuni di kuarters berkenaan.

Biarpun ragu-ragu dengan tujuan kedatangan mereka, Hasmaniah telah menjemput tetamu-tetamu tidak diundang itu masuk ke dalam rumahnya. Setelah berada di dalam rumah, berlaku perbincangan antaranya dengan kumpulan itu.

Dalam perbincangan itu, kumpulan berkenaan cuba memujuknya agar membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat dengan alasan untuk memudahkan proses pengundian semasa hari pengundian.

Hasmaniah percaya, kumpulan tersebut terdiri daripada golongan Pakatan Rakyat berdasarkan pada pakaian dan dokumen yang diberikan kepadanya.

Laporan-laporan polis dari beberapa tempat ang lain dan dengan modus operandi yang serupa juga semakin banyak diperolehi.

Tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat Nurul Izzah dan Tian Chua serta para pecacai Pakatan Rakyat cuba berbohong dengan menyatakan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR boleh dicuci dengan mudah.
Nah! Nampak sangat puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang sudah merancang perkara tersebut sejak dari mula lagi. Dan sekarang memang ianya sudah terbukti.

Satu persatu perkara dalam 'senarai mesti buat' mereka telah pun berjaya kita buktikan dan ianya benar - benar berlaku. Apa lagi selepas ini?

Sudah pasti kekecohan ditempat- tempat pembuangan undi. Kalau tak percaya, korang tunggu dan lihat. Perkara tersebut sudah pasti akan menjadi kontroversi.

Jadi, bersiap sedia la masing - masing untuk menghadapi provokasi dari Pakatan Pembangkang ni. Diorang akan buat apa saja demi untuk mewujudkan kekecohan. Kemudian senang la diorang nak tuduh orang lain yang buat!!!

Ps: Kalau tak menipu, puak - puak Pakatan Haramjadah ni takkan menang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.