Apa nak heran kalau cerita macam ni timbul dikalangan puak - puak Parti Kencing Rakyat tu beb. Baru sekarang ke diorang nak gembar gemburkan cerita tu?
Sekarang ni, sibuk puak - puak PKR tu membuat tuduhan terhadap Kerajaan kerana memberikan IC percuma kepada beberapa kelompok penduduk di Sabah.
Tapi, dalam pada masa yang sama isu itu turut terpalit beberapa orang pemimpin dikalangan mereka sendiri. Perkara ini pun bukan cerita baru beb.
Kalau pihak RCI nak kepastian, cuba pihak RCI tu panggil Ostad Badrol Khalwat yang sebelum ini pernah ditangkap beri 'kaunseling' pukul 3 pagi tu sendiri.
Tanya asal usul dia dan macam mana dia boleh masuk ke Malaysia dan jadi warganegara. Macam mana dia boleh jadi pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang.
Selain itu, cuba panggil jugak Si Tipah Koyak tu dan tanya dia soalan yang sama. Tanya dia sejak bila dia duduk kat Negara ni dan berkongsi kekayaan dengan rakyat. Jangan setakat pandai nak tuduh orang lain je kerjanya!!!
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu."Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau."Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.