Halaman

Rabu, Jun 19, 2013

TERSINGKIR DARI MASTERCHEF, SYANIE TURUT HADIR DEMO???


Zaman sekarang ni, pantang kalau ada pihak yang kalah dalam satu - satu pertandingan. Tak kira la pertandingan apa sekali pun yang diadakan.

Kalau kalah, dah tentu ada pihak yang akan dipersalahkan. Kalau main bola, dah tentu - tentu pengadil yang dipersalahkan dan didakwa berat sebelah.

Itulah doktrin terkini yang dijuarai oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang mula mendidik rakyat agar membantah setiap keputusan yang telah ditentukan.

Terutama sekali dalam isu Pilihan Raya. Diorang dah terbukti GAGAL untuk merampas Putrajaya, tapi diorang tak dapat terima hakikat tersebut.

Maka, disebabkan tak tau mana nak letak muka sebab dah kantoi menipu rakyat, terpaksa la diorang salahkan orang lain untuk cover malu.

Macam - macam alasan yang diorang akan gunakan. Macam - macam cerita yang diorang boleh buat walaupun tanpa bukti yang kukuh dan sahih.

Sebagai contoh, isu Blackout, Pengundi Hantu, Undi Dua Kali dan sebagainya hanya dijadikan sebagai alasan untuk diorang menutup keGAGALan diorang sendiri.

Tinggal lagi, itu semua hanya tindakan untuk mereka yang tak tau nak redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Orang yang jelas tipis iman dia sahaja yang akan buat macam tu.

Jadi, kita perlu salute pada orang yang berpendirian teguh dan tetap yakin dengan keupayaan diri sendiri serta mampu terima Keredhaan Allah S.W.T macam Syanie ni.

Walaupun dia tersingkir dari pertandingan Masterchef Selebriti atas alasan teknikal, tapi dia tetap juga optimis terhadap diri sendiri dan juga rakan - rakan dia yang lain.

Alangkah bagusnya kalau pemimpin dikalangan Pakatan Haramjadah tu dapat mencerminkan diri mereka sendiri. Rasanya ada yang malu muka kalau kita suruh diorang bezakan diri dengan Syanie ni. Maklum la, diorang kan jenis manusia yang tak sedar diri!!!
SETELAH pengarah, Michael Ang disingkir pada minggu lalu, kini giliran pelakon Syanie pula meninggalkan empat rakannya di dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2).

Keputusan ini mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan seperjuangannya kerana Syanie merupakan peserta digeruni dan kemahiran memasaknya juga tidak perlu disangkal lagi.

Namun, hanya seorang sahaja yang layak untuk dinobatkan sebagai juara dan Syanie, 39, akur dengan keputusan juri yang juga chef. Syanie dan dua rakannya, Kenchana Devi serta Syura terpaksa melalui cabaran pusingan penyingkiran dan mereka dikehendaki menggunakan isi ketam untuk dibuat hidangan.

Walaupun hidangan Syanie, Ketam Bakar tidak menghampakan dan memenuhi piawaian rasa, namun atas kesilapan teknikal, ia menyebabkan Syanie disingkir. Menurut Syanie, dia tidak terfikir tindakannya yang menggunakan dua daripada tiga ketam yang diberi akan menyebabkan dirinya tersingkir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.