Halaman

Rabu, Jun 05, 2013

ANAK NIK AZIZ BURU DALANG GUNA NAMA DIA!!!


Bila dah keluar skandal mengenai kenyataan dia yang jelas menghentam Si Ketua Penipu tu, anak Nik Aziz ni pun tampil dan membuat penafian.

Heran kan? Kenapa selama hari ini, anak Si Nik Aziz tu tak ambik kisah pun pasal kewujudan laman Fanpage dia? Kenapa baru hari ini dia nak nafikan?

Hanya sebab sebelum ini, kenyataan dia tu tak dijadikan bahan berita oleh pihak - pihak tertentu. Tapi, bila dah jadi bahan cerita, baru la dia nak nafikannya.
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.

“Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Yang menjadikan persoalan semalam ialah mengenai kenyataan dia dalam laman Fanpage, bukannya yang ada dalam laman Fan Club.

Dalam laman Fanpage Nik Abduh tu yang orang jadikan pertikaian. Kenyataan dia yang jelas menyindir Si Ketua Penipu tu yang orang jadi bahan berita.

Jika dia hanya menafikan kenyataan didalam laman Fan Club, adakah dilaman Fan Page dia tu tulisan dia sendiri? Bermakna, memang betul la dia menyindir Si Ketua Penipu tu kan?

Sekarang, jika laman Fan Club tu yang menjadi pertikaian oleh Nik Abduh, ambik la tindakan yang sewajarnya. Buat la laporan Polis terhadap perkara tersebut.

Takkan dia nak biarkan saja kenyataan tu dijadikan bahan untuk orang terus bercakap mengenainya? Takkan dia nak lepaskan orang tu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

2 ulasan:

  1. Setiap Parti Politik perlu tubuhkan tenter CYBER masing-masing..

    Green Bean Army ....Blue Bean Army..... Red Been Army....Orange Bean Army...

    Adakah Rainbow Bean Army....khas untuk LGBT ?



    BalasPadam
  2. aku tmbah mr bean army...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.