Halaman

Rabu, Jun 05, 2013

LEGASI KELUARGA NURUL IZZAH TERUS DIPERTIKAIKAN!!!


Sudah banyak isu yang dibangkitkan. Sudah banyak pertikaian yang dibuat dalam laman media sosial mengenai amalan Nepotisme dalam PKR.

Hakikatnya, dominasi keluarga Si Nurul Izzah dalam PKR ni masih lagi menjadi bahan pertikaian utama dikalangan masyarakat. Terutama sekali bagi penyokong Pakatan.

Perkara itu jelas tatkala isu tersebut dibangkitkan oleh Si Azmin Ali tu sebelum ini. Dia sendiri dengan lantang mempersoalkan mengenainya secara terang - terangan.

Pun di kem Si Nurul Izzah mahupun Kak Wan Omega masih enggan memberikan sebarang ulasan mengenainya. Masing- masing hanya tutup mulut je.

Ada apa - apa yang diorang nak sembunyikan dari rakyat ke sehingga diorang takut sangat nak komen mengenai isu yang ditimbulkan oleh Si Azmin tu sebelum ini.

Kemungkinan besar, mereka takut lebih ramai lagi pihak yang akan tampil dan turut mempersoalkan perkara yang sama. Mungkin sebab itulah diorang terus mendiamkan diri.

Malah, jika kita lihat dari satu sudut, Si Nurul Izzah tu sendiri sering mencari isu lain untuk dibangkitkan bagi tujuan mengelakkan diri dari menjawab isu berkenaan.

Bab itu pun dia tak mampu nak jawab sedangkan yang menjadi bahan pertikaian ada kaitan dengan diri dia serta keluarga dia sendiri. Pun dia masih jugak tak nak bertanggungjawab.

Kalau dah itu pun dia tak mampu nak buat, macam mana kita boleh harap Si Nurul Izzah ni mampu nak jawab pasal 'Harta Warisan' yang keluarga dia perolehi selama hari ini?

Sekarang, ada pulak pihak yang mempertikaikan sama ada barisan Exco PKR di Selangor itu merupakan legasi keluarga Si Nurul Izzah. Pun dia masih enggan menjawab isu tersebut.

Jadi, tak heran la kenapa Si Nurul Izzah tu GAGAL untuk mempertahankan maruah Mamanya apabila Si Azmin tu mula - mula bukak mulut.

Jika maruah keluarga pun Si Nurul Izzah tu GAGAL nak pertahankan, bagaimana mungkin orang boleh berikan kepercayaan kepada dia untuk terus menjadi wakil rakyat?

Sekali lagi kita tak hairan apabila Si Nurul Izzah tu tampil dan menuduh penduduk dikawasan Lembah Pantai sebagai pengundi hantu serta pendatang haram.

Sebabnya mudah. Dia tak bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan kepada dia oleh rakyat. Sama jugak la dia tak bertanggungjawab kepada keluarga dia sendiri!!! Kalau dah dasar PENIPU tu PENIPU la jugak!!!

1 ulasan:

  1. Mengata teks bacaan agung...nuor family lagi dahsyat..kalau boleh semua dahi org pakatan dicop PARTI ANAK BERANAK NUOR..

    Tak lama lagi PARTI NENEK MOYANG NUOR..
    nuor dah takde anak cucu cicit nuor pulak.
    hehehehe
    Harta warisan usa israel zionist....nak tunggu sape boleh bongkar harta limkicksial family. Bersihkeeeee takde rasuah keeeee. Tunku kata lebih dahsyat rasuahnya. Ada pulak yg kata bayaran guaman selalu melipat....untung untung

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.