Halaman

Khamis, Jun 20, 2013

AWEK PSIKO TAKUT NAK BUAT LAPORAN MAHKAMAH???


Heran jugak bila baca pasal cerita Awek ni. Kenapa dia nak bawak semua bukti tu kepada pihak media? Kenapa dia tak nak bawak ke mahkamah?

Dia kata dia nak tuntut keadilan. Kalau nak tuntut Keadilan, pergi la ke mahkamah. Failkan saman terhadap artis berkenaan. Bukannya jumpa dengan pihak media.

Jangan pulak minah ni nak jadi macam Si Ketua Penipu tu. Kata individu dalam video dengan Chinadoll tu bukan dia. Tapi dia tak de buat laporan pun. 

Kenapa dia tak buat laporan? Takut Kebenaran tu semakin terserlah? Kalau betul video tu dibuat semata - mata nak tabur fitnah terhadap dia, pergi la buat laporan Polis. Saman la pihak yang berkenaan. Setakat bercakap dengan air liur je buat apa!!!
Kuala Lumpur: “Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 21 yang ditangkap khalwat bersama aktor Shahz Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang, 16 Mei lalu.

Jelas Farah yang ditemui semalam, dia kesal dengan kenyataan Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin yang sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri Disember lalu bagi menyelamatkan diri sendiri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya.

Katanya, yang bekerja di sektor perbankan itu, dia terkejut membaca kenyataan Shahz dalam akhbar semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan ‘murah’ seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah.

“Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti.

“Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.