Halaman

Isnin, Jun 17, 2013

BETUL KE KETUA AMK KETAGIH DAUN KETUM???


SH tak nak ulas panjang mengenai isu ini. Sekadar berkongsi kisah yang diemailkan oleh sahabat SH mengenai isu tersebut didalam laman media sosial.

Katanya, pertikaian mengenai isu Ketua AMK dan pokok Ketum dibelakang dapur rumah dia ni mendapat perhatian dari kalangan ahli - ahli AMK dan jugak mereka yang Pro Pakatan.

Siap ada keluar ugutan dan kecaman nak ubah kepimpinan PKR secara keseluruhan akibat isu yang telah dibangkitkan ini. Tak kurang jugak kecaman kepada Si Pelapor.

Pertikaian siap ungkit cerita pasal keluarga. Nama mak dan ayah pun turut dikaitkan sekali. Ada jugak yang tukang api, tak ketinggalan jugak yang kurang senang.

Yang kurang senang dengan posting tu siap mintak admin keluarkan posting tersebut dari wall kerana dianggap sudah keterlaluan. Kebebasan media kata diorang ye?

Dan ternyata, hari ini posting tu dah pun dibuang oleh pihak admin kerana ianya membawa aib kepada usaha Pakatan Pembangkang untuk menghasut rakyat.

Tak pasti la sama ada isu ini betul atau tidak. Tapi kalau dah puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri yang buat, apa hak kita nak kata diorang menipu? Lain la kalau niat diorang nak tipu sesama sendiri!!!

Ps: Diorang nak buat 'Rampasan Kuasa' macam mana agaknya ek? Ada Blackout lagi ke? Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.