Halaman

Isnin, Jun 17, 2013

JAWAPAN YANG TAK MAMPU DI TERIMA OSTAD MEKDI!!!


Berikut susulan kepada kekecohan puak - puak Taksub kepada Ostad Mekdi yang pernah SH siarkan sebelum ini. (Klik Sini). Diorang ingat, berdosa besar gamaknya kalau tak sebut nama Ostad Mekdi tu!!! Walhal, Ostad Mekdi tu bukannya Maksum sangat pun!!!
Meninggalkan nama Azhar Idrus didalam iklan rancangan tersebut menjadi amat besar bagi pengikut taksub Azhar Idrus sehingga jentera siber pro-PAS menyerang Erra Fazira di laman sosial seperti di blog dan Twitter.

Jika kita lihat pada video berkaitan, jelas Erra Fazira hanya membaca dari Que Card yang disediakan. Kenapa Erra Fazira yang dihentam dan diserang dan tidak produksi rancangan berkenaan ? 

Bukankah biasanya orang yang ‘bijak’ agama ini sepatutnya seorang yang rasional ? Inikah hasil didikan Azhar Idrus kepada pengikutnya ?

Jika itulah hasil dari didikan Azhar Idrus kepada pengikutnya, maka layaklah jika Erra tidak menyebut nama Azhar Idrus sebagai seorang ‘penceramah hebat’ !

Terus-terang, penulis bukanlah peminat ceramah Azhar Idrus dan jika dibandingkan antara Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias, bagi penulis Ustaz Kazim jauh lebih rasional dan berkredibiliti dalam penyampaian ceramah.

Ustaz Kazim jika memberikan ceramah pasti disertakan contoh sirah Nabi dan juga hadis-hadis sahih, bukan seperti Azhar Idrus yang hanya mengikut emosi dan logik akalnya.

Tambahan pula, tidak pernah penulis mendengar Ustaz Kazim mengeluarkan kata-kata kesat atau makian dan cacian didalam setiap siri ceramahnya yang pernah penulis hadiri dan jauh berbeza sungguh dari Azhar Idrus yang penulis pernah hadiri ceramahnya hanya sekali.

Berbalik kepada kes Erra Fazira yang tidak menyebut nama Azhar Idrus, ini jawapan Erra di Twitter;


Kepada pengikut Azhar Idrus, bertindak bijaklah selepas ini dan janganlah nak ‘emo’sangat. Erra hanya membaca Que Card yang disediakan penulis skrip.

Mungkin itu hanya kesilapan penulis skrip, janganlah dipertontonkan ketidakcerdikan akal anda kepada umum dalam memberikan komentar berkaitan isu ini.

3 ulasan:

  1. KALAU AKU JADI PRODUCER RANCANGAN TU... MEMANG AKU DELETE NAMA USTAS MANGKOK TU PUN!

    BalasPadam
  2. Ustad mangkok tuh kononnya penceramah hebat!? Cer citer apa yg hebatnya Ustad mangkok tuh? SEtakat bagi ceramah agama ikut logik dia dgn lawak jenaka bodoh gitu gini dah diklasifikasikan hebat??..NVM tqvm....

    BalasPadam
  3. walau apa yg kurang pd diri dia pun dia telah berkongsi ilmu agama Islam...dan dia berjaya menarik anak2 muda mendgr forum agama yg dianjurnya...jgn lah atas sebab2 kita tidak sealiran dlm politik kita menghina org2 begini...kalu kita dh mcm ni jgn lah marah kalu org kafir menghina agama kita...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.