Halaman

Sabtu, Jun 08, 2013

BLOGGER PAKATAN CIPTA ALASAN UNTUK SI NUAR PENIPU!!!


Pada 25 Mei 2013 di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling Jaya tentu ramai tidak melupakan kehadiran lebih 70,000 orang sempena Pelancaran #suararakyat505 dalam Fiesta Rakyat menuntut Demokrasi.

#SuaraRakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. 

Maka telah dilancarkan Sukarelawan #SuaraRakyat505 (Rakyat Warriors) dan kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini. 

Bagi yang berminat menjadi sukarelawan, terdapat link untuk mengisi butiran secara online. Sejak dibuka 25 Mei lepas sambutan di luar jangkaan, jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.

#SuaraRakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga. 

Justeru itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. 

Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan.

#SuaraRakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. 

Kini regim bukan sekadar cuba mendiamkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. 

Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn. 

Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya. 

Jangan lepas bergaya mengangkat sumpah tetapi menjadi sebahagian dari anggota dewan yang akan hanya mampu melihat undang - undang jahat ini diluluskan begitu sahaja, rakyat akan muak ! Gunakan hak boikot 24 Jun !

Ps: Alasan ni jelas sekadar nak menjawab pendirian DAPigs yang sebelum ini menolak cadangan untuk memboikot sesi majlis angkat sumpah. Kalau dah dasar manusia kuat menipu tu, Menipu jugak la kerja diorang!!!

2 ulasan:

  1. Fakta SALAH....
    Mana ada 70,000...?

    Pada 25 Mei 2013 di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling JayaHanya
    Keradiran HANYA...lingkungan 7,000 sahaja...
    ( Mungkin orang yang sama juga yang berkumpul di perhimpuan-perhimpunan yang diadakan di negeri-negeri yang lain )...

    BalasPadam
  2. Kuat mana pun Anwar kena tunduk kpd DApig ! Menipu & U- turn itu dak memang identiti Anwar Berahi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.