Halaman

Sabtu, Jun 08, 2013

LAHAD DATU: PENGIKUT KIRAM BERDEPAN HUKUMAN MAUT!!!


Ini semua salah Si Ketua Penipu tu!!! Dia jugak yang taburkan janji yang bukan - bukan kepada pengikut - pengikut Kiram ni. Dia jugak yang menyebabkan mereka maut!!!

Si Ketua Penipu tu jugak yang kata, ini semua sandiwara UMNO. Walaupun yang cakap tu SI Tian Chuak, tapi hakikatnya Si Ketua Penipu tu punya suara jugak.

Jadi, memang sepatutnya Si Ketua Penipu tu dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyebabkan kematian pengikut Kiram tu. Kalau Polis yang menjaga tahanan mati pun dituduh membunuh, kenapa tidak Si Ketua Penipu tu!!!
TAWAU: Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.
Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.
Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
Mahkamah Tinggi
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.
Abdul Gani berkata pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.
“Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui,” katanya.

1 ulasan:

  1. Perempuan Cina yang menghina YDP Agong pun seharusnya dihukum mati kerana bole mengundang kecelakaan kepada Negara.

    Hasutan perlu diberi perhatian yang serious!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.