Itu persoalan yag terdetik dalam hati SH tatkala membaca ulasan yang dibuat melalui laman web Merosakkini hari ini. Pakatan ada masalah ke di Selangor?
Jika dilihat kepada ulasan yang dibuat, jelas menunjukkan perkara itu memang wujud dan ianya bukan lagi menjadi satu 'Rahsia' kepada umum.
Kemelut dan kepincangan dalam Pakatan Haramjadah tu di Negeri Selangor memang tidak dapat untuk disembunyikan lagi dari pengetahuan rakyat.
Sebelum ini, kemelut perlantikan MB Selangor menjadi perbualan dikalangan rakyat. Malah PKR sendiri yang menjadi jaguh dalam membangkitkan isu tersebut.
Bukan orang lain jugak yang mempertikaikan perkara tersebut. Sebaliknya Si Azmin tu sendiri yang menjadikan perkara itu sebagai satu persoalan.
Azmin dalam kenyataannya sebelum ini berkata, dia dan konco - konco dia dalam usaha untuk membasmi amalan Nepotisme serta Kronisme dalam PKR.
Secara tak lansung, ia turut membuktikan bahawa memang selama ini PKR tegar mengamalkan Nepotisme dan Kronisme dalam parti mereka.
Kali ini, tampil pula Si Ketua Penipu tu bagi menyokong perlantikan salah seorang lagi kroninya untuk menjadi penjawat awam di Selangor.
Kalau dulu, Si Ketua Penipu tu hantar Si Ciputdin ke Kelantan dan menyerap masuk ke dalam Rejim PAS Kelantan secara diam - diam.
Ciputdin yang dulunya papa kedana sekarang dah jadi kaya raya. Mungkin dia jumpa lubuk emas atau pun telaga minyak kot sepanjang dia berada di Kelatan.
Sekarang, bila Si Ciputdin tu GAGAL menempatkan diri dalam Rejim PAS Kedah dan cuba untuk membina pengaruh Si Ketua Penipu disana, tapak lain perlu dicari ganti.
Mungkin itu sebab Si Ketua Penipu tu kata perlantikan Si Ciputdin tu adalah untuk menjadi 'Liason Officer' diantara PKR dengan parti - parti lain dalam Pakatan.
Nah! Disitu la bermulanya persoalan dikalangan rakyat. Adakah benar Pakatan di Selangor ni sedang dilanda kemelut yang kronik sehingga 'TERPAKSA' ada Liason Officer?
Bukan ke selama hari ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu kata yang hubungan sesama mereka cukup kuat dan tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa pun?
Jadi, jika hubungan mereka rapat, kenapa masih perlu mereka melantik seorang 'Liason Officer' bagi tujuan untuk merapatkan jurang diantara PKR dengan Pakatan?
Jelas, itu semua hanya alasan Si Ketua Penipu itu je sebenarnya. Dia sengaja cipta alasan yang tak masuk akal tu untuk menghalalkan kroni dia dalam Rejim Pakatan Selangor.
Jadi, tak payah la Si Ketua Penipu tu nak buat mereka - reka cerita yang bukan - bukan. Mengaku je dia nak bagi kroni dia kerja, kan senang. Tak payah la dia susah - susah nak cipta alasan untuk terus menipu rakyat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.