Dibawah SH bawakan ulasan yang dibuat mengenai kemelut yang kini masih hangat berlaku di Negeri Selangor sebagai renungan kita semua.
Apa yang pasti, puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya berjuang bukannya untuk rakyat Sebaliknya, diorang berjuang untuk pekepntingan diri mereka sendiri. Itu pasal la diorang GAGAL merampas Putrajaya!!!
Dalam Kongres Nasional PKR ke-9 baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik atau "political liaison" kerajaan Selangor.Anwar memberikan alasan bahawa tugas Saifuddin nanti adalah untuk merapatkan jurang antara PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor selain bagi memastikan urusan politik dipisahkan daripada pentadbiran negeri dan urusan perniagaan syarikat.Anehnya yang akan menggalas tugas berkenaan juga adalah orang politik.Bertambah aneh apabila cadangan itu datang ketika Anwar sendiri menolak peranan pemimpin politik termasuklah anggota PKR sendiri daripada diberikan kedudukan di dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Sepertimana yang dilaporkan beberapa media, pemimpin dan ahli PKR Selangor khususnya mula mempertikai usaha pelantikan tersebut.Saifuddin dilihat bukanlah seorang yang boleh diharap membantu memperkukuh PKR dan Pakatan di Selangor lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri kalah dalam PRU lepas.Saifuddin bukan sahaja menyebabkan PKR kehilangan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, namun kerusi yang ditinggalkannya di Kelantan iaitu Parlimen Machang juga dirampas kembali oleh Umno-BN.Meskipun menang di Machang dalam PRU tahun 2008, namun nampaknya beliau tetap gagal membina tapak politik di Kelantan.Keadaan hampir serupa apabila Saifuddin (kanan) dilihat lari meninggalkan kerusi DUN Lunas meski pernah memenanginya dalam pilihan raya kecil tahun 2000.Selain itu Saifuddin juga pernah meninggalkan PKR selepas kalah dalam PRU ke-11 di Parlimen Padang Serai.Tanpa rasa bersalah beliau menyertai PAS di cawangan Kampung Sakan dan kawasan Pokok Sena, Kedah.Ramai yang percaya, keputusan berkenaan menjadikan beliau telah mendapat imbuhan politik dengan dilantik sebagai pengarah urusan sebuah NGO di Kelantan yang dikenali sebagai Yayasan Tok Kenali.Jalan politiknya yang suka berpindah-pindah dan tidak mempunyai tapak politik yang tetap menyebabkan ahli dan pimpinan Pakatan di Selangor terpinga-pinga dengan cadangan pelantikan Saifuddin sebagai "perantara politik".Lebih tidak menyenangkan apabila cadangan mengenainya dibuat dalam masa Anwar sendiri mengenepikan mentah-mentah pandangan PKR Selangor yang merayu agar diletakkan pimpinan peringkat negeri untuk jawatan di GLC.Sikap double standard sedemikian juga berlaku di ketika ketua umum PKR itu dilihat sebuk menganjurkan episod perhimpunan "Blackout 505" (kanan) di seluruh negara.Kini ramai yang bertanya, apakah kesudahan dan penghujung siri episod perhimpunan itu?Mahu tidak mahu ternyata perhimpunan yang dibuat secara tergesa-gesa sejurus selepas PRU lalu hanya untuk mengalih pandangan umum sementara percaturan politik di Selangor dapat diselesaikan.Kehadiran orang ramai juga semakin berkurangan berbanding kali pertama diadakan di Kelana Jaya dan di Pulau Pinang tempoh hari.Maka tidak salahlah tanggapan segelintir penganalisis politik bahawa Anwar hanya mahu menggunakan perhimpunan "Blackout 505" demi menutup kelemahan dan kegagalannya membawa Pakatan sampai ke Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.