Jika sebelum ini, Husam mendakwa sesiapa yang tak hadir Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada perjuangan parti.
Dalam erti kata lainnya, bagi Husam, sesiapa yang tak turut serta sebagai peserta di Himpunan tersebut dianggap sebagai satu dosa besar.
Mungkin disebabkan itulah, Datuk Dr. Haron Din menyelar kenyataan Si Husam tu dan mendesak agar dia memberikan penjelasan mengenainya.
Mungkin Datuk Dr. Haron Din ni pun terasa jugak 'Panas Telinga' bila dengar penghinaan Si Husam Kambing tu terhadap pemimpin - pemimpin PAS macam dia.
Selain menyelar kenyataan Si Husam Kambing tu, Datuk Dr. Haron Din juga perlu memberi jawapan mengenai Hukum Menyokong Sesuatu Yang Tak Wujud.
Perkara tu perlu diutamakan sebab asas perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam yang mengutamakan Kebenaran dan bukannya Pembohongan yang telah dilakukan.
Sehingga hari ini, dakwaan mereka dalam Himpunan Blackout 505 tu berlaku kejadian 'Blackout' masih tiada sebarang bukti yang kukuh.
Kenapa mereka hanya mendiamkan perkara tersebut dan enggan membuat sebarang laporan mengenainya? Kalau sebelum ni, berdegar - degar sangat cerita pasal Blackout.
Tapi, bila rakyat tampil menuntut bukti sama ada kejadian itu berlaku atau pun tidak, kenapa puak - puak Pakatan Haramjadah tu hanya mendiamkan diri?
Kenapa diorang masing - masing kelihatan seperti hilang arah? Dah tak de alasan nak menipu rakyat lagi ke??? Jangan kata nak bagi bukti, nak sebut pun dah malu beb!!! Kalau itu bukan menipu, kita nak kata apa lagi!!!
KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mahu mendapatkan penjelasan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang Husam menyelar para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.
Oleh itu, Haron menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.
Dalam masa sama, beliau meminta ahli Pas supaya mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli parti tersebut menyertai perhimpunan sebegitu yang dianggap sebagai pendirian tidak rasmi parti.
"Itu suatu agenda parti yang selama ini diamalkan iaitu kita patut mendengar kenyataan Presiden atau Ketua Penerangan atau sesiapa yang dilantik parti jadi bila Presiden kata begitu, saya berpegang dengan itu dan bukannya pemimpin lain (Husam).
"Saya sendiri pula dari dahulu tidak sertai perhimpunan atas sebab kemampuan dan kesihatan. Jantung saya bukan sihat sangat, dari dahulu tidak kerana kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.