Halaman

Selasa, Jun 18, 2013

HAIRIE DAH MENGAKU, OSTAZAH PENING BILA PULAK???


Pelakon Hairie Othman yang sebelum ini berkempen untuk Pakatan Rakyat betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13, lapor beautifulnara.com.

Memetik sumber dari akhbar Warta Perdana, Hairie mengakui sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak Pakatan.
“Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,” katanya.
Sejak menyertai Pas, Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu PR menghadapi PRU 13.

Sebagai ketua keluarga, berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur, bayar ansuran kereta dan sebagainya dan semua keperluan itu dapat dipenuhi apabila sering dipanggil berceramah oleh PR.

Mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah PR, pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga.

Namun kata Hairie,”Saya pelik sebaik selesai PRU 13, PR tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.”

Dia berkata dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya.

“Saya berharap kerajaan PR perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengendalikan apa jua program kerajaan di Selangor.”

Kata Hairie lagi, kerajaan PR perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Malah menurutnya, sejak menjadi penceramah tetap PR Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu tidak menerima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan PR mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan.

“Sangkaan saya meleset sama sekali, BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu. Harapan saya cuma minta kerajaan PR berikan sesuatu job pada saya.”

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya PR sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13 beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

“Sebagai aktivis Pakatan, saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon PR, tidak kira PAS, DAP atau PKR. Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam, berlarutan sehingga ke pagi.”

Sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon PR.

“Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi.”

Secara sinis Hairie berkata, siapalah dirinya, hanya aktivis PR sahaja, bukannya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen. “Sebab itulah saya tidak dipedulikan.”

7 ulasan:

  1. kesian leftenan adnan... anwar memang janji kosong, samalah nasib leftenan adnan dgn ibu tunggal di selangor

    BalasPadam
  2. Padan muka hang....rasakan penangan membantu Pakatan Haram tu lagi.

    BalasPadam
  3. untung batu tenggelam utg sabut timbul.. klu nak hidup cari mkn dgn politik.. jd ahli dan bertanding la jawatan dlm parti habis2an..
    klu tak mcm tu la jdnye... berlambak2 lg org lama parti dan berjawatan dlm parti nk cari mkn dgn kemenangan pr dibeberapa negeri tu..

    BalasPadam
  4. Lain kali kena sedar diri tu sikit..seharusnya rezeki yang dibagi makan keluarga biar lah datang daripada rezeki yang halal dan bukan nya dengan cara membuat fitnah, berbohong dan menjatuhkan maruah sesama manusia..tuhan tak berkatinya..si Abby tu dah dapat apa yang dihajatinya kut dalam menghilangkan rasa gersang sebagai saorang janda..pak lobai PAS mana yang jadi mangsa tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah telah bayar cash atas dunia lagi pada orang buat fitnah.

      Padam
  5. Apa susah..jual juboq la...sumber pendapatan tu...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoiiii pedihnyaaaaa..kata menusuk kat jantunggg...keh keh keh

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.