Halaman

Rabu, Jun 19, 2013

HINA PENGUNDI BUKAN SATU YANG BARU BAGI PAS!!!


Dakwaan PAS Dzulkefly Ahmad bahawa terdapat pemilih di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah menyokong BN dalam pilihan raya lalu membangkitkan kemarahan kumpulan itu.

Anggota Parlimennya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau menerima banyak reaksi, termasuk ratusan panggilan telefon dan SMS, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram yang kebanyakannya generasi muda menyatakan kemarahan dan kekecewaan.

"Tuduhan Dr Dzul (Dzulkefly) (kanan) adalah seperti menghina kematangan pengundi terutamanya orang muda Kuala Selangor. 

"Dr Dzul perlu membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhan beliau kepada seluruh pengundi Kuala Selangor terutamanya pengundi DUN Jeram atas tuduhan berat beliau ini," katanya.

Dalam wawancara terkini dengan Malaysiakini, Dzulkefly mendakwa, pembelian undi itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.

Diminta menjelaskan dakwaan itu semalam, Irmohizam memberitahu Malaysiakini, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak wujud.

Menurutnya lagi, tuduhan itu tidak berasas, sangat berat serta merendahkan maruah serta kredibilitinya selaku ahli Parlimen BN yang baru.

"Saya sendiri selaku pengundi muda di Kuala Selangor amat sedih dan kecewa atas tuduhan Dr Dzul ini kerana saya amat menghormati beliau sebagai seorang individu yang amat berpengalaman dalam politik berbanding diri saya. 

"Saya ingin menasihatkan agar Dr Dzul buat laporan polis atas tuduhan beliau ini," katanya.

Irmohizam (kiri) juga berkata, beliau juga mendapat maklumm balas daripada pengundi bahawa Dzulkefly harus tabah dan matang menerima takdir dan ketentuan Allah yang menyaksikan BN dipilih di Kuala Selangor. 

Irmohizam merampas kerusi Kuala Selangor dari tangan Dzulkefly dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti 64 peratus Melayu itu.

Ps: Usah pelik sangat la dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni memang suka sangat bab menghina orang tak tentu arah.

Disebabkan dorongan hasad dengki dan nafsu nak merampas kuasa, semua tu dah jadi halal bagi diorang. Tu pasal la diorang boleh keluar fatwa sesat dan tuduh sesama Islam pun Kafir!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.