Halaman

Rabu, Jun 19, 2013

MASA DEPAN PAS HANCUR JIKA HUSAM JADI PRESIDEN!!!


Buat Si Husam tu, SH nak ingatkan dia. Jangan la dia kembang hidung sangat bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Zaid Al-Araki ni.

Yang sebenarnya, Si Zaid Al-Araki ni nak menyindir PAS kerana hanya mendiamkan diri bila Si Husam ni mengeluarkan fatwa semata - mata untuk menghina orang lain.

Kalau ikut kata Si Zaid, masa depan PAS akan bertambah cerah sekiranya PAS diterajui oleh Husam sebagai Presiden. Ayat tu sebenarnya nak sindir Husam.

Ye la. Siapa yang tak tau bahawa karier Politik Si Husam tu dalam PAS sedang diancam dan dibunuh secara senyap - senyap. Tu pasal la Si Husam tu meroyan tak tentu arah.

Bagaimana mungkin Si Zaid ni kata yang Si Husam tu aa pengaruh yang kuat didalam PAS sedangkan dia nak jadi Exco Rejim PAS Kelantan pun tak mampu.

Itu membuktikan bahawa Si Husam tu memang tak de pengaruh dikalangan pemimpin PAS Kelantan sendiri. Hampir semua pemimpin PAS tak suka pada Si Husam tu.

Jadi, kalau dah semua pemimpin PAS pun tak suka pada Husam, macam mana pulak dia nak jadi Presiden tanpa sokongan dari kalangan pemimpin - pemimpin ni?

Bagi Si Zaid, jika Husam memang kuasa sebagai Presiden PAS, maka bab dosa pahala ni semuanya akan dipinggirkan begitu sahaja. Semuanya Halal belaka.
"Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.
 
"Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza. Itu saja," kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.
Tambahan pulak, jika PAS diterajui oleh Husam, maka PAS tidak lagi akan menjadi sebuah parti yang nak memperjuangkan Islam. Sebaliknya PAS akan terus hancur.

Sekarang pun kita dah nampak yang Si Husam tu dah memandai - mandai mempergunakan Islam sebagai alat untuk dia menghina pemimpin lain dalam PAS.

Husam sendiri tau yang kebanyakkan pemimpin PAS semuanya tak akan hadir dalam Himpunan Black 505. Jadi, dia guna kesempatan tu untuk menghina mereka.

Dia labelkan pemimpin dan pengikut PAS ni sebagai Pengkhianat kepada perjuangan parti. Nah! Bayangkan. Belum dapat kuasa, dia dah buat hukum sesuka hati.

Andai kata dia dapat pegang kuasa nanti, entah macam mana pulak la yang akan dilakukan oleh Si Husam didalam PAS tu gamaknya ye? Alamat memang hancur la.

1 ulasan:

  1. Wahai Anak ADAM berjuanglah kerana ALLAH bukan kerana sokongan politik (takut hilang jawatan), manusia, habuAN dunia yg menALPAkan kamu kpD ALLAH sehingga berpaling dari jalan ALLAH (ALQURAN & SUNNAH).HAri ini manusia berrebut jawatan demi habuan dunia,pujian manusia dan semua yg menyebabkan lupa pd tujuan sebenar hidup di dunia ini.Dalam apa bidang sekalipun semua berkisar pada apa aku akan dapat ?,WANG, PANGKAT GRADE 48,52,JUSA, VICE PRESIDENT, BOARD OF DIRECTORS,LAGI banyak portfolio di pegang lagi banyak elaun dapat,.....ini lah hakikat hidup hari ini.Bukan seperti para SAHABAT Abu Bakat RA,Umar RA, Othman RA.....bermula sebagai tokoh korporat Islam....akhir papa kedana kerana derma mereka untuk memertabatkan perjuangan dan sistem ALLAH di muka bumi ini.Hari kita sibuk mencaci caci sesama agama.Nak bersatu pun kena pastikan kerusi DUN / PARLIMEN dibahagikan seadilnya dahulu, bukan nak pastikan apa nak di perjuangkan seperti di TUNTUT ALLAH.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.