Halaman

Isnin, Jun 10, 2013

IDENTITI DIKENAL PASTI, SIAPA KAH GERANGANNYA???


Ecewah!!! Menteri Komunikasi ni nak main teka teki pulak dengan rakyat ye. Nak suruh rakyat teka siapa dia dalang disebalik individu yang menghina Nabi tu.

Buat apa la susah - susah nak sorok. Bagitau je dengan rakyat. Habis cerita. Ni nak main teka teki pulak. Ada hadiah ke kalau sesiapa yang dapat teka dengan tepat?
KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.
"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.
Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.
"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.
"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

1 ulasan:

  1. Cepat buat tindakan... Makhluk pakar hukum dunia jawab...ooo itu hanya mau bla bla bla tak perlu tindakan mcm kes sultan..

    Hakim islam mana..peguam Islam mana..gani petai agama apa??? Ulamak pas mana..ni ajis takde fatwa ke???? Nuor and geng agama apa??? Student Melayu elit pakatan mana.. Pemimpin dan penyokong pas mana..

    Biasa berguling guling..menjerit.. Perhimpunan blackout pun disamakan di Mekah..mmmmm

    Ini rasul terakhir.. akhir zaman..kesayangan Allah..ORG MELAYU BUMIPUTERA ISLAM UMNO pertahankan nabi kita sampai ajal menjemput.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.