Halaman

Isnin, Jun 10, 2013

PERCAYA LA, ANWAR AKAN TETAP MUNCUL 24 JUN NANTI!!!


MENIPU sepatutnya jadi nama tengah Anwar Ibrahim.  Sepatutnya nama dia perlu disebut begini, Anwar ‘Menipu’ Ibrahim.  Dah banyak dah penipuan Anwar ni kalau kita nak sebut, tak payah cerita panjang-panjang pun semua orang tau.

Terbaru, ‘jolokan’ Anwar kononnya PKR akan boikot upacara angkat sumpah ahli Parlimen pada 24hb nanti, sementara 2 parti komponen dalam pakatan pembangkang, PAS dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pendirian PAS dan DAP tidak sukar dikupas sebab pilihanraya dan pemilihan wakil adalah satu cerita rumit, bukan cerita mudah yang boleh dibuat main-main macam cadangan Anwar.  

Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, mimpi Anwar kali ini besar, jadi Perdana Menteri dan bila impian itu tidak tercapai, apalah sangat kalau tak angkat sumpah jadi Ahli Parlimen.

Perkara itu bagaimanapun, hanya terhad pada dia seorang, bukan DAP dan PAS, malah silap-silap, ahli parlimen PKR yang lain juga, terutama yang pegang jawatan tersebut buat pertama kali.  

Justeru, penulis dan ramai orang lain yakin, 24hb ini (tarikh sidang pertama Parlimen 2013 bermula), Anwar dan ahli Parlimen PKR yang lain akan hadir disitu.

Seperti biasa, Anwar pasti ada ‘ayat’ yang boleh digunakan untuk menjustfikasi kaedahnya menipu rakyat, kenapa hari ini dia cakap akan boikot dan kenapa 24hb ini dia tetap akan sumpah aka mengiktiraf keputusan pilihanraya ke-13.

Hari ini Anwar gebang kencang untuk boikot sebab ada banyak persoalan yang dia perlu jawab lanjutan dari pelbagai dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya umum yang lepas.  

Contohnya, mana bukti 40,000 orang bangla, blackout dan sebagainya.  Semua ini masih tergantung sehingga sekarang tanpa jawapan.

Paling menggelikan hati, sementara Anwar mencanang penipuan (dalam pilihanraya) telah berlaku dan dia ADA BUKTI untuk menyokong kenyataan tersebut, budak jambu yang dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dikhabarkan BARU BERMULA nak mengumpulkan bukti!!

Tak pastilah sama ada balaci pembangkang sedar perkara ini atau tidak, tapi itu bukan penting pun sebab melihat tahap balaci pembangkang hari ini, hampir keseluruhan mereka hanya berminat dengan cerita bohong, berbanding dengan cerita jujur dan tulen.

Maka itu, kalau ikut pengalaman penulis, Anwar pasti akan muncul juga pada 24 Jun ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, menerima elaun (tapi tak buat apa-apa) dan sebagainya.  

Dia gebang saja hari ini untuk bakar perasaan pencacainya, tapi penyudahnya, untuk kesenangan dia sendiri, dia akan angkat sumpah juga.

Ps: Kalau dah jenis manusia kuat menipu tu, apa lagi yang Si Ketua Penipu tu mampu buat? Kalau dah dasar Penipu tu Penipu la jugak!!!

1 ulasan:

  1. Yesss. Mr penipu... Sir penipu.... Pak penipu... Mat penipu.. Mamat penipu.. Si penipu..

    Wow.. Mamat blackout penipu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.