Halaman

Selasa, Jun 18, 2013

LUDAH HUSAM TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI!!!


Kalau tadi, kita cerita pasal Si Husam Kambing yang keluarkan fatwa songsang mengenai Himpunan Black 505 yang disifatkan sebagai satu ibadah.

Sebelum ini pun kita dah ulas mengenai kenyataan dia menghina anak Nik Aziz kerana tidak turut serta menyokong Himpunan tersebut secara terang - terangan.

Husam mengandaikan bahawa sesiapa yang tak turut serta dalam Himpunan Black 505 sebagai Pengkhianat kepada perjuangan PAS. Tapi, kalau dia buat macam mana pulak?

Kita perlu ingat bahawa Si Husam tu bukannya orang biasa. Walaupun dia kalah di Putrajaya, dia tetap ada tanggungjawab sebagai wakil rakyat DUN Salor.

Bermakna Si Husam ni masih lagi memikul amanah bagi rakyat yang mengundi dia dikawasan DUN tersebut. Amanah tu bukan datang dari sorang berdua beb.

Tapi Si Husam tu pegang amanah dari 10,231 orang pengundi. Semua yang mengundi dia ni boleh buat tuntutan di akhirat sebab dia jelas mengabaikan amanah dia.

Bila tiba bab tu, Si Husam ni tak nak pulak pertikai. Tak nak pulak dia keluarkan Hukum mengenainya. Sedangkan semua orang tau, mengabaikan amanah ni berdosa besar.

Nak pulak kalau amanah tu berkaitan dengan orang lain selain amanah pada diri sendiri. Sepatutnya, itu yang Si Husam ni perlu fikirkan sebelum dia nak keluarkan sebarang kenyataan menggunakan Kepala Lutut dia!!!
ADUN Kok Lanas, Datuk Alwi Che Ahmad berkata biarpun Husam telah memberikan surat menjelaskan alasan ketidak hadirannya, namun tidak salah untuk mengatakan Husam dilihat lebih mengutamakan perkara lain berbanding rakyat.
 
"Pada dia, itu tidak adil takut langgar perjanjian, sebab tu ada orang tulis dalam blog, kalau dah macam tu awak (Husam Musa) letak jawatan sajalah, bagi orang lain yang (lebih berminat).
 
"Tapi pada saya dia lebih tahu daripada kita, awak (Husam) seorang ahli politik yang diamanahkan oleh rakyat, awak lebih tahu apa yang patut awak perlu buat dan kita pun tak tahu sebab dia tidak mahu datang ke sidang DUN, itu wallahualam," katanya kepada Antarapos.
 
Alwi juga mempersoalkan kehadiran Husam dalam perhimpunan pakatan pembangkang di Ketereh 13 Jun lalu, tetapi gagal hadir pada majlis angkat sumpah DUN Kelantan pada hari yang sama.
 
"Sepatutnya hari perasmian, kalau tiada keuzuran yang melampau atau urusan yang tidak boleh dielakkan, sepatutnya dia datanglah, tetapi manusia ni ada macam-macam alasan.
 
"Dia kata dia hendak pergi Libya, pada dia pergi Libya itu lebih penting daripada angkat sumpah, maknanya begini kalau selepas ini, dia tidak datang pun takper dua kali berturut-turut takper tanpa cuti, ini dia siap dapat cuti, dari segi undang-undang tidak ada masalah, cuma dari segi moral dia kata dia ada alasan munasabah, jadi itu terpulang kepada Tuanku, lagi pun memang Tuanku sudah kecil hati dengan dia.
 
"Itu soal dialah, soal dia rasa bertanggungjawab atau tidak, itu terpulang kepada dialah," katanya lagi.

1 ulasan:

  1. Kita Nak Minta Kepada Umno

    1. Orang berbudi kita berbahasa.
    2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.
    3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui :

    (1) Tambah budget majlis
    (2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan2 islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang
    (3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.
    (4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja. Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

    4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

    (1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.
    (2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.
    (3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.

    Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas. Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada. Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

    Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ". Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno). As simple as that. Ini Kali lah .. UBAH.

    Peluang Datang Tanpa Di Undang. Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.
    Di Dewan Rakyat Bila Bersidang.
    Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

    Hj Ariffin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.