Halaman

Ahad, Jun 02, 2013

NURUL IZZAH, DENGAR PESANAN NI ELOK - ELOK YE!!!


Nah!!! SH pun tak nak komen banyak - banyak. Cukup la untuk Si Nurul Izzah tu renung balik apa yang dia buat. Jangan setakat pandai nak tunding jari pada orang je ye.

Hakikatnya, dia kena terima. Dalam hidup ni tak semua orang suka pada kita. Nak pulak kalau kerja kita hanya sekadar nak menyusahkan orang lain.

Jadi, pandai - pandai la dia belajar dan terima hakikat. Jangan la ikut sangat perangai buruk dan jijik Papa kesayangan dia tu. Penyudahnya nanti, bukan setakat rakyat Malaysia je yang benci. Habis satu dunia menyampah. Baru Padan Muka Dia!!!
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.
   
Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.
   
"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.
   
"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.
   
"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.
   
"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.
   
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?
   
"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya.

4 ulasan:

  1. Betullah tu! Kalau kita ke rumah orang dan orang tak sudi kehadiran kita, tak payahlah ke sana. Kalau kita mengeunjung ke rumah orang dan nak menceritakan keburukkan kawan/mengumpat, mungkin tuan rumah tak suka, jadi tak payahlah nak heboh-heboh

    BalasPadam
  2. aku setuju kerajaan negeri Sabah X bagi nurul izah masuk,pengkhianat bangsa mcm bapak dia gak

    BalasPadam
  3. Terbaek sekali dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Kami rakyat dari Semenanjung juga berharap Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan tegas terhadap pengacau keamanan negara ini.

    Jangan kuatir dgn PRU14 sebab ternyata walaupun orang Melayu yg mengaku Islam telah pecah 3 ternyata kita masih mampu mempertahankan apa yg ada sebelum ini.

    BalasPadam
  4. Ni dah tak makan nasihat...dr kecik dah disumbat ajaran nuor hasilnya.sekarang sama.. Semua perbuatan sama.. Apa yg kita beri makan hasil harta ke anak kita akan terbentuk sama bagaimana kita mendptnya...begitu juga didikan..

    Yg baik dan halal pasti diredhai Allah. Kalau sebaliknya....jawab sendiri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.