Halaman

Ahad, Jun 02, 2013

SALUTE TO JDT!!!


Tahniah SH ucapkan kepada pasukan Johor Darul Takzim. Walaupun saingan separuh akhir kedua diantara Pahang dengan mereka diselubungi kekecohan, namun semua selesai juga.

Perlawan hari ini menyaksikan Pahang berjaya mendahului JDT dengan jaringan gol 2-1. Manakal mereka terikat dari segi aggregate sebanyak 2-2.

Namun jaringan dari pemain JDT memberikan mereka kelebihan dari segi gol ditempat lawan. Maka saingan akhir Piala FA bakal menyaksikan JDT bertemu Kelantan.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 29 Jun nanti. Apa yang pasti SH cukup terhibur dengan aksi permainan diantara kedua - dua pasukan.

Dan yang lebih mengujakan SH ialah sambutan rakyat Malaysia terhadap perkembangan bolasepak tempatan dimana semuanya teruja dengan pasukan masing - masing.

Walaupun aksi kekecohan baru - baru ini dilihat agak memburukkan keadaan, tetapi jika dilihat dari satu sudut, ia memberikan satu fenomena baru dalam aksi bolasepak.

Jika sebelum ini, kebangkitan The Red Warrior menjadi tumpuan. Sekarang tiba giliran pasukan lain pula bangkit menonjolkan diri masing - masing.

Apa yang SH harapkan semoga perkembangan ini dapat diteruskan lagi dan dipertingkatkan dimasa akan datang demi memartabatkan sukan Bolasepak tempatan.

Cuma SH harap jangan pulak lepas ni ada pulak pihak nak menambah burukkan lagi keadaan. Jangan ada yang sampai buat demo sebab tak puas hati dengan keputusan sudah la. Jangan kita ikut perangai macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu pulak!!!

1 ulasan:

  1. Aku dh bc blog kedah ke kL, dh tau dh punca kecoh hri tu, mengerikan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.