Halaman

Ahad, Jun 23, 2013

SEKADAR PERINGATAN BUAT OSTAZAH PENING!!!


PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13)pada 5 Mei lalu menyaksikan banyak perubahan landskap dalam industri politik negara. Keputusan rakyat menunjukkan trend polarisasi pengundi begitu membimbangkan kerajaan.

Ada di antara ahli politik dalam sesebuah parti sanggup bertanding calon Bebas kerana sudah mempunyai hala tuju tersendiri.

Dan yang menarik pada PRU-13 ini apabila melihat tiga selebriti Malaysia iaitu Herman Tino yang bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjung Karang, Dayangku Intan (PKR - Parlimen Penggerang, Johor) dan Aishah (PAS – Parlimen Jempol, Negeri Sembilan).

Namun, keterlibatan artis dalam politik khasnya PRU-13 kini membenarkan cakap-cakap mengatakan bahawa golongan artis ini hanya cukuplah sekadar menjadi penyanyi dan menghiburkan, bukan berjuang di pentas politik.

Itulah keputusan PRU-13 apabila menyaksikan ketiga-tiga artis yang bertanding di kerusi Parlimen ini gagal memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.

Di Parlimen Jempol menyaksikan Aishah tewas dengan memperoleh 22,495 undi kepada Tan Sri Isa Samad yang menang 31,109 undi.

Sementara di Parlimen Pengerang, Dayangku Intan memperoleh undi sebanyak 4,484 tewas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 26,992.

Manakala Herman Tino yang bertanding tiga penjuru Parlimen Tanjung Karang hanya memperoleh 340 undi yang juga tewas kepada calon BN, Datuk Seri Noh Omar. Noh menang 20,548 dan Mohamad Rashid Deraman (PAS) dengan 16,154 undi.

Ini jelas menunjukkan masyarakat masih menolak penglibatan golongan artis dalam gelanggang politik apa lagi untuk mentadbir kawasan mahupun negara.

Ps: Si Ostazah Pening tu kena ingat. Nak jadi ahli Politik ni bukan sekadar tunjuk muka dalam Himpunan dan syok sendiri maki hamun orang dalam laman twitter je!!!

1 ulasan:

  1. Petikan berita dari Utusan Malaysia

    Tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang juga Presiden Majlis Perundingan Melayu berkata AKIBAT METROKRASI PENDIDIKAN yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan :

    1. Meritokrasi telah berjaya mewujudkan ketuanan Cina.

    2. Tidak ada yang menguntungkan kepada pelajar Melayu.

    3. Kemerosotan bilangan pelajar Melayu di IPT. Kini ada hanya kira-kira 35 peratus pelajar Melayu dan selebihnya kaum Cina.

    4. Pelajar cina menjadi penerima utama biasiswa iaitu 80% pada 2012.

    Amat menyedihkan dan amat malang bagi orang Melayu. Perdana Menterinya orang Melayu, Menteri Pendidikannya orang Melayu .. tapi nasib orang melayu tak terbela.

    Pendedahan bermakna daripada Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah diharap dapat menyedar orang Melayu begitulah " Nasib Melayu Di Bumi Sendiri ".

    Seruan saya, TERUS LAH BERPECAH, TERUS LAH BERCAKARAN wahai pemimpin2 Melayu SEMUGA HENDAKNYA SATU HARI NANTI kita orang2 Melayu mencapai KEJAYAAN MENJADI BANGSA YANG MEREMPAT di bumi sendiri.

    Seruan kita kepada Najib Razak, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim TERUSKAN USAHA MURNI KALIAN dan JANGAN BEREHENTI selagi MELAYU TIDAK MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.

    Hj Ariffin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.