Halaman

Selasa, November 12, 2013

APA YANG DIORANG TENGOK SEBENARNYA???


Itu persoalan yang SH masih lagi tertanya - tanya. Apa yang orang tengok sebenarnya? Takkan mata dan minda diorang hanya tertumpu pada satu 'subjek' je.

Jika semalam isu berkaitan dengan gambar Diana Danielle tu menjadi persoalan. Kali ini gambar yang dimuat-naik oleh Neldia Senrose pulak jadi isu.

Setakat letak gambar bahu dalam Instagram pun orang boleh kritik dan jadikan ianya satu isu yang panas? Tengok bahu pun orang boleh jadi 'Ghairah'? Pelik sungguh!!!

Baca penjelasan yang dibuat oleh Neldia mengenai isu tersebut dibawah: 

"Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. 

"Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita ‘mat saleh’ berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi. 

Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,” jelas Nelydia yang mula menceburkan diri dalam dunia hiburan menerusi drama bersiri Spa-Q.


Tinggal lagi apa yang nak diherankan sangat. Inilah nasib kita yang hidup dalam dunia persepsi hari ini. Macam - macam cerita orang boleh buat. Tengok bahu pun boleh naikkan rasa ghairah. Lemah sungguh la kalau macam tu!!!

1 ulasan:

  1. Mohon dipautkan http://mediaharia.blogspot.com ke dalam bloglist tuan.T.kasih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.