Mungkin sebab itulah orang awal - awal tolak nama dia dan tak nak dia jadi Ketua Pemuda. Belum apa - apa lagi dia dah mula mempertikaikan parti tersebut.
Mungkin disebabkan dia kalah dalam pemilihan tu, maka dia berpaling arah dan menyerang dasar perjuangan yang cuba ditegakkan oleh parti dia sendiri.
Siapa tau ye tak. Orang yang kecewa ni memang dia sanggup buat apa sahaja. Malah, kalau suruh dia tikam sesama sendiri pun dia sanggup beb. Tu bahayanya orang macam ni.
Orang macam ni memang patut dibuang terus dari dalam parti. Buat menyusahkan orang je. Bila dia tak dapat jawatan, mula la dia nak pertikaikan itu dan ini tak tentu arah.
Tapi apa yang dia bangkitkan pasal Hudud ni memang ada Benarnya juga. Jika dilihat dari satu sudut, PAS memang belum bersedia untuk melaksanakan hukum tersebut.
Masih banyak permasalahan yang tidak dijelaskan kepada rakyat. Masih banyak isu yang menjadi pertikaian terutama dalam Negara yang pelbagai kaum ni.
Bab perlaksanaan tu satu hal. Bab Keadilan pun diorang masih belum selesaikan lagi. Tu belum masuk bab infrastruktur. Jadi, macam mana diorang nak laksanakan perkara tersebut?
Kalau sebelum ini, SH jelaskan mengenai perbezaan Hudud di Brunei yang tak dijelaskan PAS. Keadaan Hudud di Brunei lain dengan di Malaysia, terutamanya di Kelantan.
Tinggal lagi, semua tu bukannya PAS peduli sangat pun. Yang penting bagi diorang ialah untuk mendapatkan sokongan demi kepentingan diri sendiri.
Atas dasar itulah diorang sanggup lakukan apa sahaja. Termasuk la mempergunakan Islam sebagai alat untuk diorang berpolitik tanpa mengenalkan sama ada ianya Halal atau Haram!!! Main ikut sedap hati diorang je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.