Heh! Apa boleh buat ye tak. Dah nama pun Si Mahfuz Bean ni pemimpin yang berpendidikan taraf 'LULUS SRP'. Jadi, apa sangat yang dia boleh cakap.
Biar pun Si Karpal Whilchar tu maki hamun dan memalukan puak - puak pemimpin Parti Angguk Saja tu secara terang - terangan, dia bukan faham pun.
Jenis orang yang tak boleh nak fikir jauh, memang macam tu. Bila orang maki, dia marah. Bila orang nafi, dia ucap terima kasih. Padahal orang tu sindir dia.
Tu la tahap mentaliti Si Mahfuz Bean ni. Tambahan pulak dia memang orang yang berpandangan kiri dalam PAS tu yang jadi Pak Angguk Saja pada DAPigs tu!!! Maka tu pasal la DAPigs kutuk dia macam mana sekali pun dia buat tak tau je!!!
SHAH ALAM: PAS hari ini mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana tampil menjelaskan berhubung kenyataannya agar pendaftaran PAS dibatalkan.Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah-belahkan hubungan parti-parti dalam PR."Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf PAS dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum PRU pada 2004 serta bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada PRU13."Beliau juga tidak menyeru agar PAS dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputar-belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya yang dipetik Harakahdaily.Pada 2 November lalu, Karpal dilaporkan telah menggesa pertubuhan yang berasaskan agama dan kaum ditarik balik pendaftarannya.Rentetan daripada kenyataan itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz tampil membidas kenyataan berkenaan.Lim Kit Siang bagaimanapun membela Karpal dengan menyatakan kenyataan pemimpin itu telah diputar-belit untuk merosakkan kesepakatan dalam PR.Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar-belit kenyataan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.