Halaman

Isnin, November 11, 2013

NURUL IZZAH MERAYU MOHON MAAF PADA RNC!!!



Puak - puak Pakatan Haramjadah tu jangan cepat sangat nak bergembira bila dengar cerita Kak Ijat tarik balik saman dia terhadap Si Rafizi tu ye.

Macam yang SH katakan selama hari ini, Politik ada banyak versi. Ada yang jenis terang - terangan dan ada jugak yang sengaja disembunyikan.

SH yakin, mesti ada benda yang tak kena bila Kak Ijat buat keputusan sedemikian dan kita ucapkan terima kasih kepada Kak Ijat diatas keputusan yang dia dah buat. 

Lepas ni jangan marah la kalau orang terus menghina Wanita UMNO dengan gelaran yang tak senang untuk kita dengar. Semua ni hadiah dari Kak Ijat jugak.

Tapi, dalam masa yang sama , dengar cerita Si Nurul Izzah tu pun turut merayu supaya Raja Nong Chik tarik balik saman yang dibuat terhadap dia.

Nah!!! Apa sebabnya ye? Kenapa pulak Si Nurul Izzah tu mintak supaya saman tersebut ditarik balik? Adakah dakwaan yang dibuat oleh Raja Nong Chik tu berasas?

Jika dalam kes Rafizi Vs Kak Ijat, Si Rafizi tu kata Kak Ijat tarik balik saman tu sebab dakwaan yang dia buat ada asas yang kukuh. Jadi, macam mana pulak dengan kes Si Nurul Izzah ni? Pun ada alasan yang kukuh jugak ke!!!
NURUL IZZAH SETUJU MOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Nurul  Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dilaporkan bersetuju memohon maaf kepada Dato’ Raja NongChik Raja Zainal Abidin, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kes saman yang difailkan oleh Raja Nong  Chik terhadap Nurul Izzah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini. 

Menurut sumber, sesi perbicaraan secara mediasi (perundingan sebelum perbicaraan penuh), yang berlangsung selama hamper satu jam itu dipercayai atas saman yang difailkan   oleh Raja Nong Chik berkaitan fitnah Nurul Izzah terhadap dirinya, yang dibuat pada 4 Mei 2013, iaitu sehari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13. 

Dalam PilihanrayaUmum ke-13 tersebut, Nurul Izzah mewakili Parti Keadilan Rakyat, yang menentang Raja Nong Chik mewakili Barisan Nasional, menang kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1847 undi.

Nurul Izzah dilaporkan bersetuju supaya satu permohonan maaf akan dikeluarkan olehnya dan disiarkan dalam media utama dan media sosial, yang isi kandungan permohonan maaf tersebut perlu mendapat persetujuan bersama dengan Raja Nong Chik. 

Raja Nong Chik dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, bersama pegawai dan peguamnya, pada jam 3.00 petang. Sementara itu, turut kelihatan ialah Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini, juga bersama peguamnya yang turut terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi media penyebar kepada kes fitnah tersebut. 

Menurut sumber juga, sesi mediasi itu sedikit tertangguh kerana kelewatan kehadiran peguam Nurul Izzah.

2 ulasan:

  1. menteri lembu tarik balik saman rm100 juta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahli politik main wayang...org ramai kene kencing...menteri poyo.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.