Halaman

Selasa, November 19, 2013

PENSYARAH KANTOI BUAT DOSA BESAR!!!


Siapa la gamaknya Pensyarah yang dimaksudkan tu ye? Kenapa pulak diorang tak nak dedahkan identiti Pensyarah yang kantoi tu?

Nampak gayanya, Pemilihan PAS ni semakin hari semakin bertambah buruk sehingga sampai tahap memaki hamun sesama sendiri. Maknanya memang jelas la yang PAS semakin hari semakin hilang jati diri Islam mereka!!!

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan seorang penceramah yang didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin parti itu. 

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Asmuni Awi berkata, hasil siasatan tersebut kelak akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk tindakan lanjut.    

Dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, penceramah tersebut yang juga seorang pensyarah dikatakan membuat pelbagai tuduhan selain menghamburkan kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.  

Perkara tersebut jelas sekali melanggar garis panduan yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan menjelang muktamar parti itu, Jumaat ini. 

"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni yang dipetik dari portal The Malaysian Insider.

Selain kes tersebut, jawatankuasa pemilihan juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat bertujuan menghina calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

"Kita sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika mempunyai bukti kita akan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk bertindak ke atas orang berkenaan," kata Asmuni.

Tambah Asmuni, terdapat lima lagi aduan yang diterima pihaknya berkenaan perjalanan kempen menjelang Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini.

Asmuni sebelum ini menegaskan jawatankuasa pimpinannya tidak akan berkompromi sekiranya mendapati ada pihak yang menyalahi peraturan yang ditetapkan. 

2 ulasan:

  1. Blog kamu ni semuanya gambar seks...tapi saya tak salahkan kamu kerana mcm tu didikan umno haramjadah yg munafik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu baca cerita atau kamu tengok gambar? Beli buku pun orang kata jangan tengok kulit. Itu pun kamu tak faham? Kesian pencacai Pakatan ni. Ghairah tengok gambar dari nak membaca...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.