Hadeh!!! Semakin hari semakin semak pulak tengok gelagat Pak Timbalan Menteri yang berfikir guna Kepala Lutut ni. Buat malukan orag je diorang ni.
Kalau SH tulis panjang - panjang, banyak pulak maki hamun yang Pak Timbalan Menteri tu akan terima. Jadi, baik korang baca pandangan sahabat SH ni sudah la. Buat Pak Timbalan Menteri tu, SH mintak sangat la pada dia, buat kerja biar la CERDIK SIKIT!!!
Apa rasionalnya tindakan Kerajaan mahu menghadkan umur kereta yang boleh berada di jalan raya tidak melebihi 12 tahun?Kerajaan ingat rakyat semua macam Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang boleh tukar kereta setahun sekali?Bayangkan tempoh pembiayaan yang selalunya dipohon oleh Rakyat Marhaen yang miskin adalah dalam tempoh 5 ke 9 tahun.Sekiranya Kerajaan menghadkan usia 12 tahun sahaja kereta boleh berada di jalanraya, sehabis 9 tahun tempoh pinjaman, Rakyat boleh berehat selama 3 tahun sebelum terpaksa memohon pinjaman semula untuk membeli kereta baru.Bagi golongan muda pastinya tidak mengalami masalah hendak membuat pinjaman. Bagi yang sudah mencapai usia persaraan, bagaimana golongan ini mahu mendpatkan pinjaman bagi membeli kereta baru?Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.Beliau berkata keputusan itu "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat". Terkejutkah CTS dengan kenyataan tersebut?Tidak!!! Ini kerana Timbalan Menteri yang sama pernah mengemparkan negara apabila mendefinasikan "Golongan Pertengahan" sebagai:"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta." - CTS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.