Mungkin akibat dipertikaikan oleh semua orang telah membuatkan Si Fuziah ni mula rasa tertekan dan meroyan tak tentu arah didalam dewan Parlimen lewat tengahari tadi.
Persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai ketidak-hadiran dia sewaktu misi membantu mangsa banjir di sekitar Parlimen Kuantan membuatkan orang tertanya - tanya.
Tidak mampu untuk menjawab soalan dari kalangan rakyat setempat, mungkin sebab itulah Si Fuziah tu terpaksa membangkitkan usul yang jelas tak masuk akal.
Dia kata dia berada di Parlimen sepanjang hari sejak Isnin untuk membawa usul agar pihak Kerajaan mengishtiharkan darurat bagi kawasan Kuantan yang sedang dilanda banjir.
Kata Si Fuziah, dia buat macam tu untuk memastikan yang bantuan dari Kerajaan Pusat dapat disalurkan kepada penduduk disekitar Kuantan yang mengalami bencana.
Walhal semua orang tau yang alasan tu hanya sekadar untuk menutup kemaluan dia semata - mata. Usul yang dia bawak tu hanya untuk mengelak dari menjawab sebarang persoalan dari kalangan rakyat.
Kalau tak diishtihar darurat sekali pun, bantuan dari pihak Kerajaan tetap jugak akan disalurkan melalui Jabatan - Jabatan yang berkenaan. Tak payah la dia nak bagi alasan yang bukan - bukan.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah puak - puak Pakatan Haramjadah tu keberatan nak meninggalkan sidang Parlimen sebab semalam undian untuk mengesahkan Bajet dibuat.
Maka, sebagai salah seorang Ahli Parlimen Pembangkang yang lebih cenderung untuk mengambil kesempatan ketika sesi undian dibuat, maka Si Fuziah tu pun tunggu la.
Dia dan Ahli Parlimen Indera Mahkota ingat ada peluang untuk diorang menang dalam undian untuk menolak Bajet yang dah dibentang tu kot. Maka sebab tu la diorang tunggu.
Jelas, apa yang dibuat oleh Si Fuziah tu sebenarnya hanya membuka kemaluan diri dia sendiri. Dia jelas tidak mampu untuk memberi sebarang bantuan kepada rakyat dikawasan dia.
Maka nak tak nak terpaksa la dia buat alasan yang bukan - bukan seperti yang dilaporkan dalam media petang tadi. Nampak sangat la yang Si Fuziah ni songeh tak tentu arah.
Hakikatnya, sebagai Ahli Parlimen, dia boleh balik pada bila - bila masa dan tak perlu menunggu jika kawasannya dilanda bencana. Tapi dah jenis manusia suka ambik kesempatan, dia bukan peduli sangat dengan apa yang menimpa rakyat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.