Adeh!!! Sesak sungguh la bila baca cerita pasal mamat ni. Habis semua orang naik 'menyirap darah' bila dengar apa yang dia luahkan pasal pejuang media UMNO semalam.
Sejak dari petang sampai la ke lewat malam, masih ada lagi blogger yang hentam Si Pengerusi ni. Apa yang diorang geram sangat dengan Pengerusi tu tak tau la.
Apa yang pasti, kredibiliti Pengerusi tu menjadi bahan pertikaian. Lantikan Pengerusi tu dipersoalkan oleh hampir ke semua blogger yang selama ini berjuang untuk UMNO.
Tu tak termasuk lagi dari kalangan facebooker yang turut terasa dengan sindiran yang diluahkan oleh Si Pengerusi tu sebelum ini. Lagi la berapi - api dalam laman media sosial tu.
Cuma SH pelik jugak dengan Pengerusi ni. Dia ni macam menidakkan pulak apa yang telah disebut oleh Presiden UMNO sebelum ini berkaitan dengan media baru.
Seingat SH, tak de pulak Presiden UMNO sebut media sosial tu hanya perlu ditumpukan kepada main Instagram je 24 jam. Tak pulak dia suruh kita berpolitik je sepanjang masa.
Dan yang herannya, Si Pengerusi tu pegang jawatan tu atas kapasiti apa? Bukan ke dia dapat jawatan tu atas kapasiti Politik? Apa lagi tugas yang dia perlu buat selain dari berpolitik?
Dah nama pun 'Ahli Politik'. Lantikan pulak atas nama 'POLITIK'. Memang WAJIB la dia kena berpolitik 24 jam. Itu pun dia tak faham jugak ke? Apa Cheredik sangat la dia ni!!!
Tolong la Pengerusi. Jangan la bagi alasan yang tak masuk akal macam tu. Tau la kami blogger Picisan ni semuanya tak hebat main Instagram macam dia.
Kesimpulannya, cari la orang lain kalau nak dilantik jadi Pengerusi pun. Jangan la bikin malu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Setakat lantik 'Raja Instagram' baik tak payah!!! Tak mendatangkan faedah dan mengabihkan masa je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.