Halaman

Khamis, Disember 05, 2013

AMOI NI PUN TAKUT GAJI DIA KENA POTONG!!!


Jika kita baca dari satu sudut, nampak sangat yang Amoi ni takut gaji dia dipotong. Jadi untuk mengelakkan dia kemaluan sendiri, maka dia tolak isu tu kepada Si Khalid Gagap.

Apa - apa hal, Si Khalid Gagap tu jugak yang kena jawab. Dia jugak yang kena pikul tanggungjawab. Padahal, Amoi tu ada kuasa untuk panggil semula sidang DUN tergempar.

Dia ada hak untuk buat benda tu. Tapi, takkan dia nak buat benda tu ye tak. Nanti takut pulak gaji dia yang mewah tu kena potong. Puas pulak dia kena maki dengan orang bawahan dia.

Hakikatnya, berani ke Si Khalid Gagap tu nak tarik balik apa yang dah dibentangkan sebelum ini? Boleh ke dia nak panggil sidang DUN tergempar bagi membahaskan isu tu?

Jika Si Khalid Gagap tu peka dengan apa yang disuarakan sebelum ini, dah lama dia panggil sidang DUN tergempar tu supaya dibuat. Tapi sampai hari ni, dia masih banyak beralasan.

Adakah Si Khalid Gagap tu akan akur dengan arahan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat sebelum ini? Kalau setakat jadi Menteri Besar kena tarik hidung, baik tak payah!!!

Nampak sangat la yang dia sememangnya tak de kredibiliti untuk mentadbir sampai terpaksa ikut telunjuk orang lain. Ke mana orang arah dia ikut. Penyudahnya, jadi Menteri Besar Boneka je la dia jawabnya!!! Nak buat keputusan sendiri pun dia tak mampu!!!
SHAH ALAM – Isu kenaikan gaji ahli dewan negeri Selangor yang dikatakan terlalu tinggi membabitkan menteri besar, speaker, timbalan speaker dan Adun boleh dibincangkan pada sidang Dun akan datang sekiranya ada yang ingin membahaskan usul berkenaan.

Speaker, Hannah Yeoh berkata, kelmarin beliau dimaklumkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) telah meminta kerajaan negeri mengkaji semula kenaikan gaji yang telah dipersetujui pada 27 November lalu.

“Sebagai Speaker Dun, saya tunggu maklum balas kerajaan negeri mengenai hal itu. Dan sekiranya ada yang ingin membahaskannya pada sidang akan datang, Adun boleh berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, difahamkan pimpinan tertinggi PR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula kadar kenaikan gaji atas desakan rakyat yang tidak berpuas hati mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.