Halaman

Khamis, Disember 05, 2013

BANTUAN BANJIR PUN DARI 'BAJET PALSU'!!!

KDYMM Tuanku Sultan Pahang turun melawat mangsa banjir di SJKC Chung Ching, Kuantan 
Haduyai!!! Benda macam ni la yang membuatkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu makin terserlah kemaluan diorang sebenarnya. Cakap main ikut sedap mulut.

Penyudahnya diorang hilang kemaluan sendiri. Sekarang nak tak nak terpaksa la diorang datang dengan muka songeh, tersengeh - sengeh macam kerang busuk depan rakyat.

Tu hari dalam sidang DUN Pahang, ADUN Pakatan ni jugak yang tampil dan buat dakwaan kononnya Bajet yang dibentangkan oleh MB Pahang tu Bajet Palsu.

Sekarang, nak keluarkan duit bajet untuk bantu mangsa banjir pun dari duit Bajet Palsu jugak la kot. Bukan sikit - sikit duit peruntukan yang digunakan.

Jelas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, sebanyak RM 1.2juta telah pun dibelanjakan bagi persediaan bantuan mangsa banjir termasuk bekalan makanan dan persedian pusat pemindahan.
"Sebanyak 6,000 petugas dari 14 jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung telah bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya.
Mana la datangnya duit sebanyak RM 1.2juta tu kalau bukan dari bajet yang telah dibentangkan sebelum ini? Kot duit ni turun dari langit, lain la cerita.

Dalam isu yang sama, YAB Menteri Besar Pahang juga turut menjelaskan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai stok makanan.

Makanan perlu dibeli dan dihantar ke pusat - pusat pemindahan. Namun, ianya tiba lewat kerana pusat pemindahan banjit tidak dapat dihubungi melalui jalan darat.

Bila disoal kenapa pulak JKM tak de stok makanan, YAB Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa sebelum ini pihak Audit Negara tidak membenarkan JKM menyimpan stok.

Nah!! Hari tu bukan main lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu angkat Audit Negara ni. Macam - macam pujian diorang bagi pada jabatan tu. Sekarang, berani tak diorang nak kritik Jabatan Audit ni?

Berani tak diorang nak bidas semula ketidak-cekapan Jabatan Audit ni kerana arahan yang dikeluarkannya tak masuk akal? Kalau setakat mengampu tak tentu arah buat apa.

Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadah tu puji Jabatan Audit bukan sebab diorang buat kerja dengan cekap. Tapi sekadar bagi 'Bola Tanggung' kepada Pembangkang untuk balun Kerajaan. Itu je yang puak - puak Pakatan ni nampak!!!

1 ulasan:

  1. Banyak benda yang Jabatan Audit negara tidak memikir tentang bajet. Kadang-kadang pelik pun ada.... Arwah ayah mentua bila bersara telah diminta menghantar wang pos 20 sen kerana cukai pendapatan... Bayaran stem pun ketika itu 20 sen terdapat disampul surat yang dipos.... kan pelik?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.