Terus terang SH katakan yang suatu ketika dahulu SH cukup kagum dengan dia ni. Tapi sekarang, bila sifat dan perangai buruk dia tu semakin terserlah, nampak sangat hodohnya.
Dia ni boleh kita kategorikan sebagai seorang yang 'bijak'. Tapi tak sangka pulak bila isu pasal 'Bumbung Runtuh' boleh ubah dia menjadi seorang yang 'Kurang Cerdik'.
Hanya semata - mata dia berdendam dengan pihak berkenaan kerana menyebabkan struktur bumbung yang runtuh di stadium Negeri sebelum ini, dia meroyan tak tentu arah.
Sampai hari ini, dia masih lagi 'Elergik' bila dengar isu pasal 'Runtuh' ni. Dah tentu - tentu dia akan jadi orang pertama yang tampil mempertikaikan pasal isu tu.
Disebabkan insiden bumbung stadium runtuh tu la dia ikut puak - puak Parti Angguk Saja tu. Dia jelas mempunyai dendam terhadap pihak yang berkenaan dan diluahkan kepada Kerajaan.
Hakikatnya, itulah spekulasi dan persepsi yang orang berikan kepada dia pada ketika ini. Jelas, niat dia menyertai Politik bukan la sebab nak membantu rakyat sangat pun.
Jauh sekali dia nak memperjuangkan Islam. Yang sebenarnya, dia masuk Politik sebab dendam kesumat kerana dibiarkan 'gantung tak bertali' oleh pihak berkenaan.
Tapi apa nak heran ye tak. Parti yang dia masuk tu pun memang ramai pemimpin yang macam tu. Dendam kesumat tak sudah - sudah. Jadi, nak kata puak - puak Parti Angguk Saja tu memperjuangkan Islam menda kejadahnya!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin (gambar) berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina. Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.Katanya, bangunan berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa."Insiden runtuh di Terengganu sedikit sebanyak mencerminkan nilai moral kerajaan negeri kerana setakat ini masih tiada sebarang tindakan dilakukankan termasuk melibatkan kes lepas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.