Kalau sebelum ini, puak - puak Parti Angguk Saja tu sibuk meroyan tak tentu aah bila Ustaz Kazim ditawarkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Gelagat diorang sebijik macam 'Kampung tengah dilanda Garuda' dibuatnya. Punya kecoh diorang mempertikaikan tindakan UMNO dan tindakan yang akan diambil oleh UKE.
KONONnya diorang kata UMNO tak boleh nak ambik 'Ahli' diorang jadi Ahli Majlis tertinggi. Walhal, diorang sendiri yang dah pecat keahlian Ustaz Kazim.
Cuma perkara tu tak dimaklumkan kepada tuan punya badan serta kepimpinan PAS Negeri Perak. Tak pasal - pasal je Ketua Pemuda PAS dan Pesuruhjaya Negeri Perak tu malu.
Apa pasal diorang menggelupor tak tentu arah bila isu tu dibangkitkan? Kenapa pulak diorang nak bising bila UMNO ambik Ustaz Kazim sebagai Ahli MT?
Sebab diorang dah 'Songeh'. Diorang tak mampu nak terima hakikat bahawa UMNO juga turut membuka ruang untuk Ulama menyertai kepimpinan utama dalam parti.
Sekarang, Ustaz Kazim tolak tawaran yang dibuat oleh UMNO. Dah puas dah ke nafsu orang - orang PAS ni? Apa pulak spekulasi yang diorang nak buat selepas ini?
SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.
Sejujurnya SH tak setuju juga jika Ustaz Kazim terima tawaran UMNO tu. Biar la dia jadi Pendakwah Bebas yang tak terikat dengan mana - mana parti Politik.
Bukan apa. Sebelum ini, ramai yang boleh dengar ceramah dia dan hadir ke kuliah - kuliah yang dia buat. Andaikata dia jadi Ahli MT, makin kurang pulak orang yang nak datang.
Nanti orang akan persoalkan, apa bezanya UMNO dan PAS? Dua - dua mempergunakan Islam untuk tujuan Politik. Bukannya nak menegakkan Syiar Islam tu sendiri.
Jadi, biar la puak - puak Parti Angguk Saja tu je yang meroyan tak tentu arah memperalatkan Islam sebagai pancing untuk mendapat undi dan sokongan dari rakyat. Biar diorang je yang buat kerja Haramjadah macam tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.