Halaman

Selasa, Disember 03, 2013

KUANTAN BANJIR, ADUN SENGAL NI MANA HILANGNYA!!!


Inilah yang orang kata 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Kalau bab berjanji bukan main lagi puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Lembut gigi dari lidah dibuatnya.

Masa Pilihan Raya dulu, habis satu dunia dipukul canang, menaburkan janji macam - macam. Tapi bila dah menang satu hapah pun tak mampu nak dilaksanakan.

Sebab apa? Oh! Sebab diorang bukan Kerajaan memerintah. Sebab diorang tak de kuasa nak buat semua benda tu. Habis, kalau macam tu buat apa dia jadi ADUN?

Kalau dia tak mampu nak buat semua tu, baik dia letak jawatan, kosongkan kerusi dan terus berambus!!! Jangan menyusahkan orang tak tentu arah.

Hakikatnya dia memang mampu untuk bertindak. Cuma 'Budak Hingusan' macam dia ni je yang tak tau nak buat apa. Tu pasal la dia tak mampu nak laksanakan janji dia.

Masa sekarang ni, kawasan dia dilanda banjir. Apa yang dia buat? Dia bantainya pergi 'berjimba - jimba' dekat Australia atas dasar nak memperjuangkan 'Hak Rakyat' kononnya.

Dia pergi ke Australia untuk menyekat Lynas dari terus beroperasi dikawasan perindustrian Gebeng. Padahal, rakyat dikawasan tu pun dah tak kisah dengan Lynas ni.

Malah, ADUN yang sepatutnya bersuara sebelum ni pun dah tak bercakap pasal Lynas. Sebaliknya, ADUN tu pulak yang mintak supaya Kerajaan menambah pelabur dikawasan Gebeng.

Datang ADUN Sengal ni pulak, dia yang nak memandai - mandai sendiri. Nak jadi juara kononnya. Padahal, Gebeng tu bukan dalam kawasan dia pun. Saja dia je nak menyibuk.

Apa yang sepatutnya ADUN Sengal ni buat ialah membawa masalah rakyat ni didalam dewan. Dia patut bentangkan isu tu sewaktu sidang DUN baru - baru ni.

Macam yang dibuat oleh sahabat - sahabat lain dia dikalangan Pakatan Pembangkang. Mintak bantuan Kerajaan bersama - sama menyelesaikan masalah rakyat setempat.

Tapi ini tidak. Dia bantainya buat tuduhan yang bukan - bukan. Dia tuduh pulak MB Pahang bentang Bajet Palsu. Penyudahnya, kena gantung dewan. Tu je yang Si Adun Sengal ni tau buat.

Silapnya bukan orang lain yang cari. Salahnya buat orang lain yang buat. Sebaliknya dia sendiri jugak yang cari penyakit. Dia jugak yang tak reti guna peluang dan ruang yang diberikan. Jadi, tak payah la Macai - Macai dia nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!

2 ulasan:

  1. kalu pekan banjir adun & mp pekan pun sengal kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak juga... ADUN dan MP Pekan tak sengal sebab tak menyalahkan orang lain tak tentu arah... Ini tidak... Kuasa Allah pun nak dipertikaikannya...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.