Halaman

Selasa, Disember 03, 2013

MAHFUZ BEAN CUBA TUTUP 'KEMALUAN' PAS!!!


Hahaha! Kan SH dah cakap dah sebelum ini. Memang satu kesilapan besar buat PAS kerana melantik Si Mahfuz Bean ni jadi Ketua Penerangan. Tapi apa boleh buat.

Macam kata Penganalisis Politik tadi jugak la. Si Mahfuz Bean ni dilantik bukan atas dasar kredibiliti atau kebolehan dia untuk menjadi Ketua Penerangan. Tapi setakat nak 'Jaga Hati'.

Ye la. Kalau tak lantik nanti, makin meroyan pulak dia dibuatnya. Jadi, supaya Si Mahfuz Bean ni tak jadi 'Duri Dalam Daging' dan hilang akal, 'Terpaksa' la dilantik juga.

Tapi, PAS kena tanggung la 'Kemaluan' yang ditonjolkan oleh Si Mahfuz Bean tu. Kalau lepas ni PAS hanya jadi bahan lawak orang ramai, jangan pulak diorang nak salahkan orang lain.

Dah memang itu je kemahiran Si Mahfuz Bean ni. APa lagi yang dia tau buat selain dari buat kenyataan - kenyataan yang bertaraf 'Bangang Tak Ingat Dunia'!!!

Semalam, Si Mahfuz Bean ni dah menonjolkan 'Kebijaksanaan' dia dengan cuba untuk menutup 'Kemaluan' PAS berhubung isu berkaitan dengan status Ustaz Kazim Elias.

Dari apa yang Si Mahfuz Bean ni jelaskan semalam, nampak sangat la yang dia sengaja nak memalukan pemimpin lain dalam PAS tu secara sindiran yang cukup tajam.

Si Mahfuz Bean tu kata, isu berkaitan dengan status Ustaz Kazim tu tidak menjejaskan pengaruh PAS secara terang - terangan. Kiranya tak memberi kesan sampingan la kononnya.

Bagi dia, PAS tak 'Mati' pun jika Ustaz Kazim tu bertindak keluar dari parti dan menerima tawaran yang dibuat oleh UMNO untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
"Sebesar hama pun tak mengurangkan pengaruh PAS. Orang yang lagi besar seperti Nakhaie (Datuk Nakhaie Ahmad) yang bekas naib presiden PAS pun tak ada, PAS tak mati. PAS tak rugi pun," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen, hari ini.
Heh! Kalau betul la isu pasal Ustaz Kazim tu tak menjejaskan PAS, apakejadahnya pemimpin - pemimpin PAS tu meroyan tak tentu arah pasal status dia sebelum ni?

Kalau setakat ahli biasa yang mempertikaikan pasal isu tu tahan jugak. Ini tidak. Dari Ketua Pemuda PAS Perak dibawak sampai ke Naib Presiden dok pertikaikan benda yang sama.

Kan nampak sangat yang PAS terperangkap dalam isu berkaitan dengan isu Ustaz Kazim tu. Pun Si Mahfuz Bean tu kata tak de memberi kesan apa - apa kepada PAS?

Tolong la Mahfuz! Jangan la buat lawak tak tentu arah. Dek kerana ada kesan sampingan tu la yang sampai Si Nik Aziz buat dakwaan kononnya Pendakwah Bebas macam Ustaz Kazim tu mudah menjadi 'Makanan Serigala'!!! Kalau tak beri kesan, buat apa orang tua tu nak buat dakwaan yang bukan - bukan!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.