Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa.
Menurut menantunya Siti Jasmina Ibrahim, keadaan bapa mertuanya itu stabil dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian rebah itu.
"Doktor akan buat ujian sinar x pada bahagian kepala bapa saya untuk mengetahui punca dia rebah.
"Bagaimanapun keadaan jantung dan tekanan darahnya dalam keadaan normal," katanya ketika ditemui di HKL di sini pada Selasa. Siti Jasmina juga isteri kepada pelakon Khir Rahman.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, A. Rahman rebah ketika sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.
Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut.
Penyanyi itu dikejarkan ke HKL apabila sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.