Halaman

Rabu, Februari 26, 2014

(TERDESAK) PKR MUNGKIN GUNA 'KEMPEN GANAS' TAWAN KAJANG!!!


Rasanya, semua orang yang ada dalam Malaysia ni dah sedia maklum bahawa PKR masih belum mendapat sepenuh keyakinan dari kalangan puak - puak PAS untuk bertanding di Kajang.

Semuanya gara - gara khabar angin yang mengatakan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor akan diserahkan kepada Si Ketua Penipu tu dilihat masih lagi belum mencapai kata putus.

Biar pun PAS sebelum ini menyatakan kesudian mereka untuk turut serta dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang bagi membantu Si Ketua Penipu tu menang, namun sokongan mereka tidak sepenuh hati.

Masih ramai dikalangan ahli - ahli PAS serta penyokong - penyokongnya yang meragui tindakan yang bakal dibuat oleh PKR sebaik sahaja mereka berjaya menawan kembali Kajang.

Tambah menyulitkan lagi keadaan ialah apabila kes saman fitnah yang telah dibuat oleh calon PKR sebelum ini terhadap Presiden PAS mencapai keputusan dimana Si Hadi Awang tu perlu membayar sebanyak RM 2juta.

Kes tersebut juga dilihat sebagai salah satu lagi langkah yang membantutkan usaha PKR bagi mendapatkan sokongan dikalangan ahli - ahli serta penyokong tegar PAS dalam PRK kali ini.

Jelas, kini PKR berada dalam keadaan yang cukup terdesak dan kemungkinan besar mereka terpaksa berkempen menggunakan taktik keganasan seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Siapa yang boleh melupakan insiden pecah cermin kereta, menendang dan melempar objek keras kepada kenderaan jentera BN sewaktu beberapa kempen Pilihan Raya Kecil tak berapa lama dahulu.

Maka tidak mustahil kempen sedemikian turut akan diguna-pakai dalam kempen mereka di Kajang kali ini. Orang dah terdesak, macam - macam cara diorang boleh buat beb.

Apa yang pasti, insiden sedemikian memang tidak sewajarnya berlaku tatkala puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri melaung - laungkan slogan Politik Bersih dan sebagainya. Jadi, jangan la diorang bertindak diluar batasan dan sekadar RETORIK semata - mata!!!

1 ulasan:

  1. kononnya mereka ni saja yang ada HAK bersuara .. setakat nak bersuara tu lantak la tapi bila dah mula merusuh menjahanamkan harta awam dan pihak berkuasa ... siap la lepas ni
    dah tengok video bagaimana cara Polis Thai "melayan" perusuh ... ??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.