Halaman

Selasa, Februari 25, 2014

AKHIR ZAMAN, AKIBAT TERLALU SUKA CAKAP BESAR!!!


Inilah akibatnya bila terlalu suka berbangga - bangga dengan pemberian kita terhadap manusia. Semoga perkara ini boleh menjadi satu perkembangan Paradigma kepada semua orang.

Andai kata kita nak membantu orang dengan ikhlas, tak usah la kita nak bangga - banggakan siri. Kelak ianya akan memakan diri sendiri. Itulah akibat yang diterima oleh Rejim Pakatan Selangor.

Dulu diorang suka membangga - banggakan pemberian air percuma kepada rakyat. Punya bangga sampai tahap dalam semua program diorang memperkecilkan usaha orang lain yang turut sama nak membantu.

Diorang terlalu bangga sehingga mengakibatkan diorang ni jadi manusia yang lupa diri. Lupa bahawa hakikatnya, semua manusia tu tertakluk kepada ketentuan Allan S.W.T. Maka sebab itu mereka akan terima azab.

SH bukan hanya memperkatakan mengenai Rejim Pakatan Selangor tu sahaja. Tetapi kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional. Andaikata betul ikhlas nak bantu rakyat, tak payah nak berlagak. Penyudahnya, bukan orang lain yang sengsara. Rakyat jugak yang terima padah!!!
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh negeri itu, mulai esok. 

Aktiviti mencatu air itu katanya akan berterusan sehingga air di empangan Selangor kembali pulih.

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

"Tujuan pencatuan air ini bagi mengelakkan kita mengambil air dari empangan negeri secara terus menerus suapaya kalau tak ada hujan dua bulan pun rakyat akan mendapat air,"kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini.  

Khalid berkata, menerusi program pencatuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.
PS: Lepas ni, jangan terkejut pulak bila ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu menjadikan isu mengenai bekalan air sebagai alasan untuk menggulingkan Khalid!!!

2 ulasan:

  1. Sekarang seluruh Malaysia menghadapi kemarau. Yang paling ketara adalah kawasan pertengahan ia-itu Selangor termasuk sebahagian Negeri Sembilan. Focusnya kawasan Selangor. Kenapa kemarau diSelangor begitu teruk? Adakah ini dikatakan bala yang diturunkan oleh Allah SWT kerana terdapat perkara mungkar?
    Cuba perhatikankan apa kemungkaran yang tidak terdapat di Selangor? Rumah maksiat, pub, disco dan macam-macam yang menghayalkan semua ada. Cuba kita peminpin yang ada diSelangor, dari yang munafiq, pengfitnah, pembohong, perasuah, liberalsasi penyokong LGBT dll. Terdapat juga ajaran yang sesat dan fahaman yang menglirukan separti menghalalkan kalimah Allah, Syiah, menghalalkan yang perkara yang haram, membenarkan dan mempertahankan murtad dan tidak kurang ahli agama yang memasukki gereja bukan untuk berdakwah tetapi untuk duniawi dan penghinaan agama suci Islam . Akhir-akhir ini Selangor akan dipenuhi dengan raja segala LGBT.
    Mungkin ada perkara-perkara seperti diatas ada di tempak atau negeri-negeri lain tapi tidak sehebat seperti Selangor sekarang. Jangan Selangor ranap dari muka bumi ini sudahlah. Mari kita renungkan dan bertaubatlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum wmt,
      Apa yg miker tuliskan itu adalah benar bagi umat Islam yg penuh imannya.
      Bagi yg tipis imannya dan mungkin langsung tak beriman - sekadar Islam baka, iaitu Islam kerana lahir dari perut ibu yg Islam, semua itu tidak pernah terlintas difikiran mereka.

      Mereka bertuhankan dunia. Tapi kalau dikatakan mereka tidak bertuhankan Allah swt tentu mereka marah. Tapi hakikatnya kerjalaku dan cara hidup serta pemikiran mereka berpusatkan keduniaan semata-mata.

      Allah swt hanya mereka rujuk apabila ditimpa bala bencana.
      Justeru, tak mustahil segala kepayahan yg berlaku di Selangor kini adalah bala dari Allah swt seperti yg semua umat Islam beriman sedari.
      Wallahhua'lam.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.