Wah!!! Ini sudah jadi satu berita yang hebat. Tak pernah lagi ada orang buat solat hajat untuk menolak saman yang telah dibuat dimahkamah. Kiranya, ini kali pertama ni.
Dari satu sudut, kita boleh terima bahawa tindakan ini dianggap salah satu usaha untuk mereka menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Mungkin ini je caranya yang dapat diorang fikirkan sesuai.
Cuma dari sudut rasionalnya, perlu ke diorang buat semua tindakan sedemikian? Perlu ke diorang sampai tahap nak buat solat hajat hanya kerana seseorang individu tu semata - mata?
Itu bergantung kepada kewarasan pemikiran korang sendiri. Dari sudut akidah, mungkin ianya tak dilihat sebagai satu penyelewengan. Tinggal lagi, wujud satu persoalan dalam tindakan tersebut.
Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Kedah ni, nampak seperti mereka nak menyalahkan orang lain diatas kekhilafan Presiden parti mereka sendiri.
Solat Hajat untuk Presiden??? |
Walhal, Hadi Awang telah diberi ruang untuk menjustifikasikan tindakan yang telah dibuat sebelum ini. Kenapa pada ketika itu dia tak ambik tindakan sedemikian? Itu yang herannya.
Yang lebih menghairankan, apa yang maksudkan "...supaya Presiden PAS diselamatkan daripada segala bentuk kejahatan musuh" tu?
Siapakah yang dianggap sebagai "Musuh" dalam kenyataan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kedah tu sebenarnya?
Siapakah yang dianggap sebagai "Musuh" dalam kenyataan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kedah tu sebenarnya?
Rasanya semua orang sedia maklum mengenai siapa yang mengambil tindakan saman ni terhadap Si Hadi Awang tu. Yang saman dia bukan orang UMNO atau orang Barisan Nasional.
Sebaliknya, yang ambik tindakan tersebut adalah calon dari kalangan puak - puak PKR tu sendiri. Jadi, adakah Pemuda PAS Kedah ni menganggap PKR tu sebagai musuh mereka? Nah!!! Persoalan tu korang jawab la sendiri!!! Tak de apa dah yang perlu diperkatakan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.