Halaman

Jumaat, Februari 07, 2014

AMBIGA MULA KETAGIH PENJELASAN!!!


Bekas Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata, PR perlu memberitahu rakyat jika benar ia berhasrat melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Umum PKR itu menang dalam PRK Dun Kajang.

Menurut Ambiga, perkara tersebut perlu diperjelaskan kerana ramai yang datang mengadu kepadanya bahawa mereka tidak suka mengenai misteri berhubung isu jawatan menteri besar ini.

"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan jadi, mungkin tidak. Saya dapati isu itu tergantung dan perlu diberikan penjelasan.

"... bagi saya adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat berteka teki mengenai perkara ini," katanya dalam Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya, semalam.

Anwar dicalonkan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakkan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Langkah Chin Cheh itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk rakan komponen dalam PR terutama Pas, yang mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai tindakan 'pengkhianat kepada rakyat'.

Peletakan jawatan Chin Cheh juga telah menimbulkan spekulasi bahawa PR sengaja berbuat demikian bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor.

2 ulasan:

  1. Ambiga mahu anwar jadi mb. Ini masa mereka khianati thafalut silapi pas.

    BalasPadam
  2. ala semua ni sandiwara je jgn nak percaya. semua wayang kulit je. yang percaya dengan kenyataan ni semua orang umno je. orang umno selalu ingat oh pembangkang dah bertelagah sesama sendiri. oi jgn percaya lah dah byk kali dia orang buat. kan mahathir dah kata melayu mudah lupa. melayu oh melayu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.