Halaman

Jumaat, Februari 07, 2014

PEMBOHONGAN NYONYA KOK TERBONGKAR!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menyelar Teresa Kok kerana menamakannya sebagai antara individu yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) serta mesej aplikasi WhatsApp berbaur ugutan kepada Ahli Parlimen Seputeh itu.

Md. Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri berkata, Teresa Kok berbohong kerana beliau tidak pernah menghantar SMS atau mesej WhatsApp kepada pemimpin DAP itu seperti yang terkandung dalam laporan polisnya.

"Teresa kata saya mengancam dan mengugutnya, sebenarnya dia melakukan fitnah besar. Dia berbohong kepada polis, berbohong kepada masyarakat dan kepada semua orang.

"Saya menelefon Teresa, namun perempuan lain jawab dan kata dia sibuk. Saya beritahu mahu tanya Teresa betul ke dia kata 'Melayu boleh mati' (Malay Si) dalam satu video klip di YouTube.

"Saya kenalkan diri sebagai rakan Teresa bernama Alwi, ADUN Kok Lanas dan minta dia beritahu Teresa supaya telefon saya semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini terhadap Teresa Kok kerana membuat tuduhan palsu mendakwa beliau merupakan antara individu yang mengugut dan mengancam keselamatan wanita itu.

Semalam, Teresa Kok membuat laporan polis di Kuala Lumpur selepas mendakwa menerima kecaman dan ugutan menerusi SMS dan WhatsApp gara-gara klip video kontroversi Tahun Baharu Cina Onederful Malaysia selain memberitahu, antara ugutan SMS dan WhatsApp yang diterima adalah daripada Md. Alwi.

Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, fitnah dilemparkan Teresa Kok boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi mengalih perhatian masyarakat daripada terus mempertikaikan klip video yang disiarkan di laman YouTube.

"Kita di Malaysia ini, walau dari parti mana sekali pun, jangan lakukan sesuatu yang boleh membuatkan bangsa lain marah kalau nak hidup aman. Pandai buat, pandailah tanggung.

"Lagipun dia kata nak buat satira politik, masalahnya sejak bila pula dia masuk Maharaja Lawak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.