Halaman

Isnin, Februari 24, 2014

AWAT MAHFUZ BEAN NI NAK MALUKAN NIK AZIZ???


Heran jugak dibuatnya bila kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Sama ada dia buat kenyataan ni secara sedar atau pun tidak, tak pasti la pulak. Tapi memang ianya satu benda yang pelik.

Jika suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS Nik Aziz pernah menyatakan secara terang, jelas dan nyata bahawa dia sendiri tak bangga dilahirkan sebagai orang Melayu di Malaysia ni.

Kata Nik Aziz, biar pun dia dilahirkan dari bangsa apa sekali pun, yang penting dia Islam. Jadi bagi Nik Aziz, soal bangsa ni tak sewajarnya dijadikan satu isu yang patut diperbesar - besarkan.
KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.


Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah. - Utusan 2010
Nah!!! Sekarang ni lain pulak yang dinyatakan oleh Si Mahfuz Bean ni mengenai kedudukan bangsa sesuatu kaum tu. Dia kata kedudukan bangsa tu satu benda yang penting dan perlu diutamakan.

Tegas Si Mahfuz Bean tu, identiti sesuatu kaum tu tidak wajar dihilangkan kerana ianya ciptaan Allah S.W.T dan kita tak mampu nak menentangnya.
"Apa yang penting kita perlu menghormati antara satu kaum dan kaum yang lain, jangan ada kebencian, jangan ada prejudis, itu yang penting,"ujar beliau lagi.
Hah!!! Sekarang persoalannya, adakah Si Mahfuz Bean tu nak mendakwa yang Si Nik Aziz tu menolak ketentuan Allah S.W.T dan cuba untuk menentangnya? Adakah dia nak dakwa yang Si Nik Aziz tu tak reti nak menghormati bangsa lain?

Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean ni berhujah hanya sekadar untuk meraih sokongan dari pihak tertentu sahaja. Dia bukannya buat kajian terlebih dahulu dalam persoalan yang cuba nak dibangkitkan.

Dia hanya sekadar bagi pandangan ikut sedap Kepala Lutut dia je. Jadi, tak heran la kalau jawapan Si Mahfuz Bean tu nampak berbeza dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Si Nik Aziz tu sebelum ini. Maklum la, budak tak habis mengaji. Memang mudah la dia nak meroyan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.